Catatan

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara. Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan. Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya. Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja kami jadi...

Dia seorang Seniman

Senator Tan Sri Jins Shamsudin nama besar dalam industri perfileman. Lakonannya yang mantap, wajahnya yang kacak membuatkan dia antara seniman yang menjadi ikon dalam dunia perfileman. Allah menentukannya maka dalam usia 73 tahun beliau masih sihat dan petah bercakap. Gaya ia bercakap seperti mana kita menonton lakonannya di layar perak mahupun dalam drama TV. Ramai peminat mungkin tertanya-tanya bagaimana boleh wujud nama Jins. Menurut Tan Sri Jins, emaknya hendakkan nama Zin, namun ketika ayahnya membuat pendaftaran, polis yang membuat pendaftaran itu tidak boleh menyebut Zin, akhirnya tertulis Jins. Setelah dewasa beliau cuba menyemak nama Zin mengikut tahun kelahirannya. Namun nama Jins sahaja yang ada. Akhirnya nama Jins Shamsudin diterima. Nama Jins bukan nama samaran ia adalah nama sebenar dalam Maykadnya. Dua hari lepas saya dan rakan-rakan sepejabat berpeluang bertemu dengan beliau ketika menjadi tetamu Pusat Penerbitan UKM. Saya pernah bertemu dengan Jins beberapa kali k...

Hari Ibu.....

Imej
Gambar hanya hiasan-oleh Raai Hari Ibu 10 bulan Mei. Apakah kerana untuk mengingati ibu kita harus mengadakan Hari Ibu? Pada saya jika untuk mengingati ibu dengan cara mengadakan hari Ibu itu lebih baik dari pada langsung tak ingat ibu. Jangan marahkan orang menyambut Hari Ibu kerana ada orang menyambut Hari Kekasih bagaikan nak "rak". Takkan lah nak sambut Hari Ibu tak boleh. Yalah, kalau anda setiap hari menyambut Hari Ibu tahniah! Tapi bagaimana anda yang jauh setiap hari anda SMS Ibu, atau lebih hebat telefon ibu? Saya lebih suka andainya kalau di Hari Ibu semua anak-anak yang masih ada ibu balik berjumpa ibu macam balik hari raya! Atau pada malam Hari Ibu penuh sesak dengan anak-anak dan ibu di mana-mana tempat makan, hotel, restoran, gerai atau di mana sahaja. Kebetulan Hari Ibu tahun ini (10 Mei 2009) jatuh pada hari Ahad. Namun saya tidak melihat lebuhraya ke selatan tanahair penuh sesak (atau jem) seperti hari-hari perayaan lain. Apakah orang yang ada ibu tidak balik...

Menulis dalam blog

Blog satu wadah baharu untuk semua orang. Semasa saya mula-mula membeli komputer pada tahun 1998 saya melihat ramai orang terlibat dalam membangunkan laman web percuma. Ketika itu saya dan ramai orang membangunkan laman web dengan menggunakan tapak web percuma seperti Tripod, Geocities dan berbagai lagi. Orang barat amat bermurah hati memberikan benda percuma namun mereka akan mengiklankan berbagai iklan. Kadang-kadang yang memalukan! Saya memiliki laman web pertama dengan menggunakan Tripod dan memasukkan nota fotografi yang akhirnya dinamakan Alam Seni Foto. Saya beruntung apabila Universiti Kebangsaan Malaysia membenarkan warganya sama ada akademik atau tidak menggunakan tapak web yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat. Semua orang berbangga apabila memiliki tapak web sendiri kerana ia akan melambangkan kecanggihan berfikir. Memang pun kerana untuk membangunkan laman web seseorang harus faham, mahir menggunakan beberapa perisian untuk "melukis, mengarang" web te...

Masih kisah haram dan halal

Ketika membeli barang-barang keperluan dapur disebuah pusat membeli belah di Bandar Baru Bangi semalam, saya terpandang seorang lelaki melayu sedang membeli satu tin minuman keras dari jenama yang agak terkenal. Dia tanpa segan silu membayar dikaunter dimana pekerjanya seorang wanita melayu. Inilah senario orang Islam yang tidak mahu menerima hakikat bahawa arak itu haram. Namun mereka masih sangat menjadikan ianya sebagai minuman samada untuk suka-suka mahupun untuk tenaga kononnya. Saya masih ingat dengan sikap teliti seorang rakan ketika berada di Labuan tempuhari sanggup mencari, meneliti kandungan yang terdapat dalam coklat yang akan dibeli untuk dibawa balik ke rumah.Malahan beliau terjumpa bahan yang dibuat dari babi pada coklat-coklat tersebut. Hampir sejam barulah beliau membawa keluar coklat yang bertanda halal antabangsa. Kita seharusnya bersikap tegas dalam memakan, meminum makanan yang halal. Kenapa makanan yang sudah pasti haram masih sanggup kita telan? Bangga sang...

Makanan halal dan haram

Malam tadi semasa bertugas merakam gambar Majlis Makan Malam Kolej Kediaman Dato' Onn UKM, saya tidak memilih daging ayam setelah melihat berita jam 1.30 di TV dan jam 8 malam tadi. Selera saya menjadi hilang apabila teringat berita "ayam yang tidak sembelih mengikut kaedah yang halal dalam Islam". Ini bukan kali pertama kita dipaparkan dengan berita seumpama ini. Dulu kita dikejutkan dengan makanan yang tidak halal di beberapa hotel,pasaraya dan seumpamanya. Apakah ini disengajakan oleh pihak-pihak berkenaan? Atau mereka buta ilmu? Paling mengejutkan apabila dalam berita semalam diberitahu pengusaha berkenaan telah diberikan kursus kaedah penyembelihan yang betul mengikut cara-cara Islam. Pengusaha itu orang Islam atau tidak tidak menjadi perkara utama. Paling mengejutkan proses menghasilkan makanan, bahan untuk dijadikan makanan harus beradap. Kita perlu faham sensitiviti perbagai kaum. Di Malaysia terdapat berbagai kaum dan agama. Orang Islam dengan pantang laran...

Cara yang kurang baik

Saya begitu mengejar masa semalam. Selepas mengambil isteri di hentian komuter UKM jam 7 malam, kami singgah di sebuah kedai makan yang menjadi pilihan keluarga selama ini jika memerlukan apa-apa makanan yang telah siap. Itulah cara hidup kebanyakkan kita jika suami isteri bekerja. Jadual semalam agak padat sejak pukul 11 pagi kerana ada lawatan dan ceramah oleh pemenang Nobel Laureate Lecture Prof. Howard Robert Horvitz dan mengendalikan kuliah kursus pembantu makmal yang mengambil subjek Fotografi. Pukul 8 malam perlu berada di DECTAR untuk kerja rakaman foto untuk Pesta Pantun UKM 2009. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli nasi goreng sotong sebagai santapan malam . Semasa membuat tempahan saya lihat pada menu, harga nasi goreng sotong ialah RM4.50. Jesteru saya terus memesan untuk 4 orang nasi goreng Sotong. Apa yang mengejutkan semasa membayar saya dikehendaki membayar dengan harga RM5.50. Saya bertanya kepada pembantu kedai harga sebenar berapa? Dan kenapa harga di m...