Menulis dalam blog
Blog satu wadah baharu untuk semua orang. Semasa saya mula-mula membeli komputer pada tahun 1998 saya melihat ramai orang terlibat dalam membangunkan laman web percuma. Ketika itu saya dan ramai orang membangunkan laman web dengan menggunakan tapak web percuma seperti Tripod, Geocities dan berbagai lagi. Orang barat amat bermurah hati memberikan benda percuma namun mereka akan mengiklankan berbagai iklan. Kadang-kadang yang memalukan! Saya memiliki laman web pertama dengan menggunakan Tripod dan memasukkan nota fotografi yang akhirnya dinamakan Alam Seni Foto. Saya beruntung apabila Universiti Kebangsaan Malaysia membenarkan warganya sama ada akademik atau tidak menggunakan tapak web yang disediakan oleh Pusat Teknologi Maklumat. Semua orang berbangga apabila memiliki tapak web sendiri kerana ia akan melambangkan kecanggihan berfikir. Memang pun kerana untuk membangunkan laman web seseorang harus faham, mahir menggunakan beberapa perisian untuk "melukis, mengarang" web te...