1969: Hospital Sungai Petani, Kedah: Anak Pak Cik, Mak Cik, kena tahan di wad. itu sahaja yang saya masih ingat apabila doktor di hospital itu selesai memeriksa saya. Badannya panas teruk. Seingat saya selepas itu saya dimandikan oleh Nurse dengan ketulan air batu, sejuk amat sangat tetapi amat selesa kerana badan saya ketika itu panas. Selepas lapan hari saya keluar namun masih tidak selesa kerana mengidap demam panas yang melampau. Selang tidak berapa lama ayah yang disayangi kembali ke Rahmatollah. Hospital Bersalin Kuala Lumpur 1991: "Encik Raai Osman...." laung seorang Nurse dari pintu klinik pemeriksaan ibu mengandung. "Isteri Encik tumpah darah. bawa dia ke wad kecemasan saya ikut sama". "Maaf, kandungan isteri Encik tak dapat diselamatkan...". 19 November 1991 Hujan diluar cukup lebat, kilat sabung menyabung. Emak makin lemah. Atas pesan doktor aku mengajak Nasir jiranku memandu untuk membawa emak ke HKL. Kata Nasir, h
Lagu Raya Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba. Manakala Palestine terus dibom! Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa! Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum". Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa.