Berakhir sebuah kehidupan
Pengalaman selalunya mengajar kita erti sebuah kehidupan. Bermula 4 Disember 2004 telah mengukir satu lagi pengalaman baru buat saya. Semasa isteri memberitahu saya emaknya jatuh di bilik air satu igauan telah menerjah ke benak saya. Isteri saya agak cemas kerana pesanan SMS dari adiknya mengatakan emaknya patah kaki. Saya telah mengulang membaca sekali lagi. Bukan kaki yang patah, tapi tangan emaknya yang patah 4 Disember 2004 Kami tiba di Segamat. Malam itu isteri saya tidur disebelah emaknya. Sampai pagi emaknya tidak selesa tidur kerana badannya yang besar menyulitkan tidurnya. Tangan emaknya sakit sekali.Dia tidak "koma" seperti kebiasaan berlaku pada orang seusianya (74 tahun) apabila terjatuh di bilik air.Syukur fikir saya. Oleh kerana hari Isnin kena bertugas, petang Ahad kami pulang ke Bangi. Bisik saya "pada diri saya"; semasa emak saya sakit Leukimia 13 tahun dulu isteri begitu setia menjaga emak saya, jadi masakan sekarang saya tidak boleh memb...