Langkau ke kandungan utama

Hari Ibu.....


Gambar hanya hiasan-oleh Raai


Hari Ibu 10 bulan Mei.

Apakah kerana untuk mengingati ibu kita harus mengadakan Hari Ibu? Pada saya jika untuk mengingati ibu dengan cara mengadakan hari Ibu itu lebih baik dari pada langsung tak ingat ibu. Jangan marahkan orang menyambut Hari Ibu kerana ada orang menyambut Hari Kekasih bagaikan nak "rak". Takkan lah nak sambut Hari Ibu tak boleh.

Yalah, kalau anda setiap hari menyambut Hari Ibu tahniah! Tapi bagaimana anda yang jauh setiap hari anda SMS Ibu, atau lebih hebat telefon ibu? Saya lebih suka andainya kalau di Hari Ibu semua anak-anak yang masih ada ibu balik berjumpa ibu macam balik hari raya!

Atau pada malam Hari Ibu penuh sesak dengan anak-anak dan ibu di mana-mana tempat makan, hotel, restoran, gerai atau di mana sahaja.

Kebetulan Hari Ibu tahun ini (10 Mei 2009) jatuh pada hari Ahad. Namun saya tidak melihat lebuhraya ke selatan tanahair penuh sesak (atau jem) seperti hari-hari perayaan lain. Apakah orang yang ada ibu tidak balik kampung untuk berjumpa ibu?

Saya sudah tiada ibu tetapi kubur ibu ada.

Dan ingatlah ungkapan ini "Kita ada ibu,Ibu kita hanya satu. Kita ada Ibu nasihat Ibu beribu-ribu...."

Sempena Hari Ibu apa kata malam ini kita berhenti merempit di jalanraya, berhenti merokok, berhenti minum arak, berhenti buat maksiat. Kerana ucapan "Selamat Hari Ibu" kepada seorang ibu tidak ada maknanya andainya apa yang ibu harapkan tidak ditunaikan.

Bayangkan lah malam ini Hari Ibu, tapi kita merompak, pecah rumah, patah kaki kerana merempit.

Paling saya pilu apabila seorang Profesor yang pernah menjadi kaunselor di penjara mendapati seorang ibu sanggup mengaku mengedar dadah atas alasan tidak mahu anaknya dipenjarakan. Apa jenis anak ini?

Saya insaf kalau tiada hari Bapa kerana saya faham untuk mengandungkan seorang anak, untuk bersalin seorang anak, untuk membesarkan seorang anak bukan mudah. Kerana ada bapa yang hanya menghantar seorang ibu yang lepas bersalin ke rumah mertua sepanjang tempoh berpantang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

Satu kaedah membuat promosi perniagaan kita ialah dengan mengadakan iklan. Iklan boleh dibuat di berbagai medai. TV, radio, akhbar, laman web, blog papan iklan dan sebagainya. Iklan di media begini sudah semestinya kena bayar. Harganya tidak murah malahan hingga puluhan ribu ringgit. Siapa yang mampu dan syarikat besar sahaja yang boleh mengiklankan jenama mereka di media yang saya sebut tadi. Paling murah mungkin dengan membuat salinan foto copy dan disisihkan dalam akhbar harian atau mingguan. Kadar bayaran yang munasabah akan dikenakan oleh pengedar akhbar. Membuat banner juga mampu menjual produk kita dengan kos yang murah. Saya terpanggil untuk mengulas satu siaran TV baru-baru ini mengenai iklan haram yang ditampal di merata tempat. Paling menyedihkan ditampal pada papan iklan orang lain. Ada yang berani menampal pada papan tanda arah yang dibina oleh majlis perbandaran mahupun daerah. Apa sudah jadi ni? Saya pernah ternampak iklan ini di tampal pada tanda arah stesen minyak.

Sayangi organisasi kita

i. Prof. Dato' Dr. Mohd.Yusof Othman menceritakan dalam satu cermahnya di UKM mengenai pengalamannya ketika berseminar di Jepun. Salah satu program seminarnya ialah lawatan ke beberapa lokasi di Jepun. Semasa hendak turun pemandu pelancong memaklumkan bahawa jangkamasa melawat hanya sejam. Sebelum sejam beliau telah tiba di bas yang membawa rombongan seminar. Prof. Yusof amat terkejut kerana pemandu pelancong dan pemandu bas sedang membersihkan bas. Ketika beliau bertanya kenapa anda perlu membuat kerja ini sedangkan bas boleh dibersihkan semasa di lokasi penamat kelak. Mereka berdua menjawab "Ini bas yang menjadi sumber rezeki kami. Jika kotor akan merosakkan imej syarikat kami. Pelanggan tidak akan menempah lagi. Akhirnya syarikat akan kehilangan punca pendapatan. Mungkin akhirnya syarikat akan ditutup dan kami hilang tempat mencari rezeki". Prof Yusof amat kagum dengan pendirian dua orang petugas tersebut. ii Seorang Pengurus Jualan yang memebekalkan barang-

Cacatan Penulis

Mulai bulan September 2013, saya akan lebih banyak menulis di laman Dunia Saya setelah memikirkan adalah lebih baik menumpukan pada satu halaman kerana topik dan hasrat penulis hampir sama.