Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Orang pencen

Ada dikalangan masyarakat menganggapkan masa pencen (bersara) adalah masa untuk berehat. Terdapat dikalangan kakitangan kerajaan yang menanti masa untuk pencen. Apabila kerajaan membuat keputusan untuk menyambung tempuh umur pencen ke-58 ramai yang tidak suka. Ada yang suka terus buat pilihan pencen pada usia 58!. Saya? ambil umur pencen pada usia 58 juga. Justeru saya akan pencen 8 tahun lagi pada tahun 1916. Tidak perlu dirahsiakan lagi. Maasa seperti menipu kita. Itu adalah istilah orang-orang sekarang. Tepat (Al Quran itu tepat) seperti dalam Surah Al' Ashr yang mengingatkan kita tentang masa. Siang tadi saya bertemu dengan seorang pensyarah UKM yang sudah bersara tetapi masih bertugas di sebuah IPTA ternama juga. Dia bertanya saya bila lagi nak pencen. Jawab saya "rambut belum penuh uban ". Dia ketawa besar. Dia diantara pensyarah yang rajin menjenguk saya di bilik kerja sebelum memulakan kuliah. Jikalau kuliah jam 11 pagi, jam 10 pagi dia sudah sampai di bil...

Mari kita jadikan tauladan

Di sebuah pusat membeli belah semalam saya melihat satu peristiwa. Seorang ibu berbangsa arab memasukkan tin bekas minuman ke dalam tong sampah. Tetap tin itu tidak masuk ke dalam tong tersebut. Datang anak lelaki dalam usia 6 tahun mengambil tin tersebut dan memasukkan semula ke dalam tong sampah ketika ibunya sedang melayan seorang rakannya. Mari kita renungkan bersama kisah ini.

Mesin ATM

Kisah mesin ATM kena rompak sudah menjadi berita besar masakini. Kejadian begitu biarlah diuruskan oleh bank dan polis. Harap-harap perompak janganlah buat lagi kerja-kerja sebegini kerana dengan tugasan anda yang merosakkan ATM akan menyusahkan orang lain. Mana tidaknya jikalau ada orang yang dalam kecemasan nak keluar duit mesin rosak kena rompak. Tambahan di pekan-pekan kecil. Apa yang saya hendak catat kali ini ialah sikap orang-orang kita ketika mengeluarkan wang. Lihat saja kertas-kertas penyata ATM bersepah-sepah di sekitar mesin ATM. Bukankah pada mesin ATM akan membuat pertanyaan perlukah resit? Masalahnya apabila sudah tekan "Ya" resit keluar dan resit itu dibuang bersepah. Kita ada pilihan, nak atau tidak. Jikalau resit hendak dibawa balik, tekan YA. Kalau tak mahu tekan "Tidak". Mentaliti orang kita memang suka membuat sampah! mari kita sama-sama berubah sikap.

Rezeki mesti halal

Saya kerap membeli belah di sebuah pusat membeli belah bersama keluarga. Yalah hendak mencari harga yang murah. Namun ketika mencari barang-barang dapur mata ada kalanya terpandang tingkah laku segelintir pengunjung. Lihat sahaja tetapi tidak mampu hendak menegur! Ada kalanya pembeli yang sedang membeli sempat merasai apa-apa makanan terutamanya biskut, buah. Merasa makanan bukan sikit, tetapi ada waktunya seperti seolah-olah hendak kenyang. Ingatlah pada hemat saya itu juga seolah-olah makan makanan tidak halal kerana tidak membayarkan? Jikalau lapar pun kita boleh beli atau mencari mana-mana meja promosi makanan yang sering terdapat di mana-mana pasaraya.

Kisah rakan saya

Saya mengenali rakan ni semasa bertugas di lokasi kampus UKM. Dia lelaki biasa. Namun sudah 50 kali mendaki Gunung Kinabalu. Tak suka publisiti. Tetapi publisiti masih mencari beliau. Kalau nak mencerita kisah beliau mungkin tidak begitu adil kelak akan tersalah fakta. Saya menjemput anda semua melayari blognya di sini < sila klik >

Jiran

Dalam Islam, jiran menjadi orang yang utama dalam kehidupan kita. Sebab itu Islam mengajar kita agar menghormati jiran dan mengutamakan jiran. Seharusnya jikalau jiran kita dilanda kesusahan kita akan merasainya. Petang tadi saya sempat berbual sebentar dengan jiran yang saya agak lama tak jumpa. Namun dalam kehidupan seharian saya kerap temuinya bilamana dia melintasi rumah setiap jam 6.30 pagi. "Saya bangun jam 2 pagi bang. Jam 6.30 saya keluar hantar nasi lemak di sebuah hospital. nasi lemak tu saya letak di kios hospital." "Banyak?" tanya saya. "Hospital P.. saya letak 70 bungkus, hospital K.. 100 bungkus" "Banyak tu, murah rezeki" balas saya. "Boleh la bang... rezeki untuk anak-anak". Itulah rezeki sekiranya kita mahu berusaha. Saya belajar segala-galanya dari perbualan yang hanya seketika itu. Mencari rezeki di mana-mana tetap ada. Namun harus kita ingat untuk memperolehi RM1.00 bukannya mudah. Terpaksa bangun jam 2 pagi. Kenapa k...