Catatan

Muar, Bukit Kepong ke Segamat

Bertugas di majlis Program Jalinan Erat UKM-Masyarakat Kundang Ulu pada 8 Februari lalu membawa saya mengenang kembali peristiwa banjir besar yang telah melanda negeri Johor pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007. Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Ledang, Johor Darul Takzim merupakan tempat dimana berlangsungnya majlis tersebut telah menerima tetamu dari kalangan warga UKM. Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad merupakan salah sebuah premis kerajaan yang tenggelam teruk. Banyak harta sekolah tersebut musnah. Kerusi, buku-buku semuanya musnah. Kebiasaannya sekolah adalah tempat menjadi penempatan banjir, namun sekolah ini tidak dapat memberikan perkhidmatan tersebut. Dalam ucapannya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin merasakan banjir memberikan rahmat kepada penduduk di Kundang Ulu kerana kini telah menjadi kampung angkat UKM. UKM merupakan sebuah IPTA yang ulung di Malaysia yang telah mengorak langkah membantu ...

Sekadar usaha

Imej
Usaha untuk membendung agar motorsikal tidak dicuri boleh dilakukan dengan berbagai cara. Umpamanya seperti usaha yang telah dibuat oleh Majlis Daerah Segamat dengan menyediakan satu tempat letak motorsikal khas mempunyai rantai. Namun apakah usaha ini akan memberi kesan kerana rantai yang disediakan tidaklah banyak. Ketika gambar ini diambil, dua buah motorsikal ini tidak menggunakan rantai yang telah disediakan. Usaha ini harus diberikan pujian cuma keberkesanannya sahaja harus ditingkatkan agar pencuri tidak akan tersenyum melihat tempat letak motorsikal ini.

Sayangi organisasi kita

i. Prof. Dato' Dr. Mohd.Yusof Othman menceritakan dalam satu cermahnya di UKM mengenai pengalamannya ketika berseminar di Jepun. Salah satu program seminarnya ialah lawatan ke beberapa lokasi di Jepun. Semasa hendak turun pemandu pelancong memaklumkan bahawa jangkamasa melawat hanya sejam. Sebelum sejam beliau telah tiba di bas yang membawa rombongan seminar. Prof. Yusof amat terkejut kerana pemandu pelancong dan pemandu bas sedang membersihkan bas. Ketika beliau bertanya kenapa anda perlu membuat kerja ini sedangkan bas boleh dibersihkan semasa di lokasi penamat kelak. Mereka berdua menjawab "Ini bas yang menjadi sumber rezeki kami. Jika kotor akan merosakkan imej syarikat kami. Pelanggan tidak akan menempah lagi. Akhirnya syarikat akan kehilangan punca pendapatan. Mungkin akhirnya syarikat akan ditutup dan kami hilang tempat mencari rezeki". Prof Yusof amat kagum dengan pendirian dua orang petugas tersebut. ii Seorang Pengurus Jualan yang memebekalkan barang-...

Percayalah Allah akan membantu

i Saya dan keluarga hampir saban bulan membeli barang keperluan dapur di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya. Selesa adalah keutamaan saya disamping harganya boleh membantu menjimatkan perbelanjaan kami. Anda di sekitar Putrajaya tentu tahu tempat yang saya maksudkan. Ingin saya berkongsi keselesaan yang patut semua pusat membeli belah fikirkan. Kemudahan tandas percumanya amat bersih mengambarkan taraf manusia yang tinggal di Putrajaya. Masuk sahaja ke situ anda akan terasa seperti berada di resort. Soal makan minum tidak menjadi apa-apa masalah. Saya ingin memuji pihak yang menguruskan pusat membeli belah ini kerana menyediakan surau lelaki dan wanita yang selesa. Anda tidak perlu risau jikalau masuk waktu surau ini akan membolehkan anda bersolat secara berjemaah. Makmum akan bertali arus mengisi tempat solat. Pada hemat saya inilah kemudahan yang harus disediakan agar tempat membeli belah boleh meningkatkan hasil jualan. Usah kedekut dengan ruang. Menyediakan tempat bersolat ...

Belajar menjadi jujur

Ketika saya keluar dari sebuah hotel terkenal di Bandar Baru Bangi dua orang peserta Bengkel Hubungan Etnik sedang berbual.Semasa bersalaman baru saya tahu mereka sedang berbincang sama ada hendak menaiki teksi atau ERL ke KLIA. Setelah membuat keputusan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menempah teksi. Oleh kerana saya memang ada menyimpan nombor telefon rakan-rakan pemandu teksi maka saya terus menghungi Murad. Murad merupakan pemandu teksi peribadi saya selain Selvam dan Vijay. Malam tadi ketika menghubungi Murad kerana ingin menempahnya pada 30 Januari nanti beliau terkejut bahawa dua orang penumpangnya adalah pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan. Lebih mengharukan Murad mereka hanya mengambil resit untuk kos separuh dari yang dikenakan. Maksudnya mereka berkongsi membayar harga teksi ke KLIA dan resit juga harga itu. Murad mengakui penumpangnya begitu jujur.

Cari peluang ketika bermasalah

Siang tadi saya bersama seorang sahabat sempat makan tengahari bersama seorang penganalisa ekonomi terkenal. Saya mengenali beliau kerana sering muncul di TV untuk mengulas topik-topik ekonomi semasa. Beliau bukan sahabat saya. Kebetulan tempat makan penuh dengan pelanggan saya mempelawa beliau duduk semeja. Kita sedia maklum apabila penganalisa ekonomi diterjah dengan soalan berkaitan dengan keadaan ekonomi maka beliau akan berbicara dengan ramah topik itu. Perbincangan kami ringan-ringan sahaja namun masih dalam lingkungan akademik. Menariknya beliau langsung tidak membawa kami kearah berbincang topik politik. Seingat saya semasa berbual sambil-sambil makan tengahari dengan lauk ikan sama (ikan kembong masak tauchu!), tokoh tersebut langsung tidak mengutuk mana-mana individu yang terlibat dalam politik. Pada saya beliau seorang ahli ekonomi tulin. Saya tidak mahu membawa apakah isi perbualan kami, kerana tidak mahu mensensasikannya. Namun saya ingin mengajak anda mencari peluang ...

Suatu petang di Car Wash

Saya membawa motosikal ke car wash petang tadi. Sejak-sejak akhir ini mungkin atas faktor usia dan masa, saya kurang membasuh sendiri sama ada kereta mahupun motosikal. Ketika di car wash itu saya meramahkan diri untuk berbual dengan pekerja di situ. "Awak orang mana?" "Bangladesh....", jawab ramah pekerja di car wash itu sambil membilas motosikal saya yang sudah tua. "Sudah lama datang Malaysia?". " Tiga tahun", balas Mat Bangla tu. "Dulu kerja di mana?" "Dulu kerja di KL. Servis aircond", jawabnya ramah dan agak fasih berbahasa Malayu. "Kenapa sudah berhenti kerja di sana", tanya saya ingin tahu. "Tauke mati!". Saya tergamam dengan jawapan Mat Bangla itu. Kelu juga sekejab. "Kat sini taukeh Melayu ke?". "Ya..., awak Melayu ka?" "Ya....kenapa ada nampak macam Cina ka?", saya mengajukan pertanyaan begitu kerana pernah sekali di R&R Plus ada seorang nyonya men...