Catatan

Kepada Jururawat

1969: Hospital Sungai Petani, Kedah: Anak Pak Cik, Mak Cik, kena tahan di wad. itu sahaja yang saya masih ingat apabila doktor di hospital itu selesai memeriksa saya. Badannya panas teruk. Seingat saya selepas itu saya dimandikan oleh Nurse dengan ketulan air batu, sejuk amat sangat tetapi amat selesa kerana badan saya ketika itu panas. Selepas lapan hari saya keluar namun masih tidak selesa kerana mengidap demam panas yang melampau. Selang tidak berapa lama ayah yang disayangi kembali ke Rahmatollah. Hospital Bersalin Kuala Lumpur 1991: "Encik Raai Osman...." laung seorang Nurse dari pintu klinik pemeriksaan ibu mengandung. "Isteri Encik tumpah darah. bawa dia ke wad kecemasan saya ikut sama". "Maaf, kandungan isteri Encik tak dapat diselamatkan...". 19 November 1991 Hujan diluar cukup lebat, kilat sabung menyabung. Emak makin lemah. Atas pesan doktor aku mengajak Nasir jiranku memandu untuk membawa emak ke HKL. Kata Nasir, h...

Lagu Raya

Lagu Raya Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba. Manakala  Palestine terus dibom!  Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa! Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum". Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa. ...

Cacatan Penulis

Imej
Mulai bulan September 2013, saya akan lebih banyak menulis di laman Dunia Saya setelah memikirkan adalah lebih baik menumpukan pada satu halaman kerana topik dan hasrat penulis hampir sama.

Anak yatim

Imej
Saya menjadi anak yatim ketika usia 11 tahun setelah ayah kembali ke Rahmatollah. Tepat pandangan pakar psikologi kematian merupakan satu peristiwa yang sukar dilupai. Kematian amat memeritkan untuk dikenangan. Bagi saya mengalami kematian seorang ayah ketika usia saya 11 tahun amat sukar untuk dilupakan kerana ketika seusia itu saya sudah merasai kasih sayang dan budi ayah. Masih saya ingat ayah mengajar berpuasa. Ayah pernah membawa saya keluar ke bandar dan mencari kedai makan kerana saya lapar. Di dalam kedai terdapat ramai orang dewasa menjamu selera kerana tidak berpuasa. Ayah kata mereka uzur. Waktu itu saya tidak faham hukum maka saya hanya melihat mereka menjamu selera begitu enak! Ayah pernah berpesan, jangan buat jahat. Jangan bunuh binatang ketika berpuasa. Mana saya tahu apa sebabnya. Kesan nasihat itu sehingga kini saya jadi simpati kepada semua haiwan walaupun seekor ular yang sedang melintasi jalan ketika memandu kereta. Masih ingat ayah pernah berpe...

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

Imej
Satu kaedah membuat promosi perniagaan kita ialah dengan mengadakan iklan. Iklan boleh dibuat di berbagai medai. TV, radio, akhbar, laman web, blog papan iklan dan sebagainya. Iklan di media begini sudah semestinya kena bayar. Harganya tidak murah malahan hingga puluhan ribu ringgit. Siapa yang mampu dan syarikat besar sahaja yang boleh mengiklankan jenama mereka di media yang saya sebut tadi. Paling murah mungkin dengan membuat salinan foto copy dan disisihkan dalam akhbar harian atau mingguan. Kadar bayaran yang munasabah akan dikenakan oleh pengedar akhbar. Membuat banner juga mampu menjual produk kita dengan kos yang murah. Saya terpanggil untuk mengulas satu siaran TV baru-baru ini mengenai iklan haram yang ditampal di merata tempat. Paling menyedihkan ditampal pada papan iklan orang lain. Ada yang berani menampal pada papan tanda arah yang dibina oleh majlis perbandaran mahupun daerah. Apa sudah jadi ni? Saya pernah ternampak iklan ini di tampal pada tanda arah stesen minyak. ...

Hamba Allah yang istimewa

Imej
Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, Bangi memberikan pengetahuan istimewa kepada saya petang tadi. Saya hadir ke situ untuk mengambil kaki palsu Fairus, anak saudara kepada isteri. Kaki palsu yang telah ditempah oleh Fatimah adik ipar saya seminggu lepas.  Anaknya Fairus mengalami kecacatan pada kaki kiri setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. Akibat kemalangan itu Fairus tidak dapat bergerak dengan sempurna. Fatimah ibu kepada Fairus mengharungi kepayahan anaknya demi masa depan agar cerah dikemudian hari telah memohon kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Kerana Fairus saya dapat mengenali bengkel membuat kaki tiruan itu dan dapat berkenalan dengan Haji Hajarudin yang telah bersara wajib ketika usia 56 tahun empat tahun lalu. Kini Haji Hajarudin menyambung tugas itu secara kontrak. Dalam usia 60 tahun Haji Haja mampu menjadi pereka kaki tiruan disamping mengajar kepada pelatih-pelatih di situ bagaimana menghasilkan anggota tiruan u...

Apa kabar Cikgu?

1965: "Siapa yang tak boleh tulis ejaan ini tak boleh keluar makan", kata seorang Cikgu wanita dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Sambil makan biskut lemak empat segi keras, dia meneguk air teh O. Saya menahan sedih sebab sedang dahaga. 1969: Apabila motosikal Honda 50 Cikgu Hamidah memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Lembu, Sungai Lalang, Kedah semua budak sekolah yang sama darjah dengan saya memandang kepadanya. Mana tidaknya dibelakang Cikgu Hamidah tertenggek saya menjadi penumpangnya. Ramai yang kata aku anak emas Cikgu Hamidah. 1974: Guru Sains kecil molek menyuruh kami membuka muka surat.....tetapi meninggalkan bab persenyawaan. Kami pelajar lelaki membantah kenapa tak nak ajar bab itu. Kata guru tersebut baca sendiri. Kalau tak faham nanti tanya Cikgu Ismail. Semuanya tinggal kenangan. Selamat Hari Guru.

Ibu Ratu Hati Kita

Kisah 1: "Bang...minta duit sikit.....". Saya menghulurkan sedikit wang kepada wanita itu dan saya pasti dia seorang wanita  yang kurang berakal. Namun pertemuan di masjid membuatkan saya berkata di dalam hati dia seorang hamba Allah yang baik. "Anak dah tak ada...dia hisap dadah, sekarang polis jaga dia. Terima kasih Bang bagi duit ni. Mudah-mudahan Allah bagi rezeki murah esok ya....". Wanita pergi meninggalkan saya denga seribu pengertian. Kisah 2:  Ibu ini ketawa riang apabila membaca pesanan ringkas daripada anaknya mengucapkan selamat Hari Ibu. Wanita ini seorang isteri yang terpaksa melakukan apa saja tanpa ditemani suami. Walhal ketika mendaftar anak di sebuah kolej pun dia hanya pergi tanpa suami. Kisah 3: "Mak Cik sakit apa?" tanya saya kepada seorang wanita disebuah hospital ternama di Ibu Kota. "Mak Cik sakit jiwa Nak....." Saya tinggalkan dia dengan sedikit wang. Seperti kisah pertama tadi, wanita itu menyebut tentang doanya u...

Apa yang kita harapkan?

Imej
Ketika  tiba di Pantai Tanjung Gemok, Kuala Rompin mata saya kagum melihat Laut China Selatan yang luas. Ombak memukul pantai, angin menyapa muka saya dengan lembut. Ramai rakan-rakan peserta sedang bermain air laut. Keasyikan mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran saya, mereka jauh lebih seratus meter dari pantai sedang asyik memukat ikan bersama-sama nelayan pantai yang mahir dengan laut. Saya gemar dengan pantai di Laut China Selatan kerana pamandangannya yang luas, air bersih dan terhindar dari aktiviti laut yang membuatkan laut tercemar dengan minyak boat dan kapal. Tanjung Gemok terletak berhampiran Kuala Rompin, Pahang menghala ke Mersing, Johor. Oleh kerana saya tiba hampir malam dan masih letih kerana memandu selama lima jam dari Bangi, maka tidak mengendahkan laut yang tidak menghasilkan Sunsite. Maklumlah Pantai Timur akan suram waktu senja kerana ketiadaan lembayung petangnya. Keesokkan hari selepas solat Suboh saya ke pantai sekitar pukul 6.15 pagi. Hasrat ...

Nak Jadi Jurufoto?

Imej
Semasa Profesor Dr Kamarudin M. Said merakam gambar di sekitar Taman Negeri Endau Rompin Sabtu lepas, saya melabuhkan tubuh di pangkin yang terdapat di kafeteria berhampiran Sungai Endau. Kemudian saya terlelap, kira-kira dalam lima minit kemudian saya tersedar dan mendengar En Razak seorang pemandu pelancong di taman tersebut bersembang dengan Haji Ismail Ibrahim, rakan setugas saya di Unit Foto, Penerbit UKM. Fotografi mampu menceritakan erti kasih sayang ibu dan anak. Saya tidak menyampuk perbualan mereka namun dari jauh En Razak berkata, kalau macam dia orang belum layak nak jadi Photographer . Photographer kena lasak Cikgu (bahasa panggilan kepada Haji Ismail), kata En Razak. baru masuk kawasan yang kurang mencabar dah tak tahan. merungut. Makanan lewat sampai dah bersungut. Kalau nak tau macamana orang putih buat kerja tanya budak saya tu, dua minggu dalam hutan tebal buat shooting. Ini baru macam ni dah bersungut. Itulah hakikat yang hendak saya catatkan di coretan kali i...

Mari kita buat perkara yang sama

Imej
Kisah pertama: Hari Ahad lepas disebelah pagi saya membuat salinan kunci di sebuah kedai. Kedainya sederhana sahaja tidak seperti kedai-kedai lain di dalam komplek perniagaan yang terkenal di Bandar Baru Bangi. Kedai itu bukan sebuah kedai kunci tetapi sebuah kedai menjual bag dan berbagai barang yang menyerupai sebuah kedai runcit. Pemilik kedai berbangsa Cina, peramah orangnya walaupun saya baru pertama kali ke situ. Menariknya pemilik kedai ketika berbual dengan saya berkata, buat apa mau gaduh-gaduh bila berniaga. Sama-sama cari makan.  Apabila saya bertanya, orang Cina ada yang suka bergaduh dalam bidang perniagaan. Pemilik kedai itu berkata ada, tetapi sangat kurang. Kenyataan beliau mengesahkan anggapan saya sebelum ini. Ini jelas dari cara dia menerima saya sebagai pelanggan sebentar tadi apabila ada sejenis kunci, dia tidak dapat membuatnya kerana agak mahal. Namun pemilik kedai ini mencadangkan saya pergi ke sebuah kedai di Hentian Kajang. Cara dia membuat syor itu mem...

Pengemis dan Anda

Imej
Izinkan saya menulis mengenai pengemis. Andai anda berfikir disebaliknya itu saya tidak dapat menghalangnya. Tetapi apa yang hendak ditulis di laman ini adalah realiti yang  berlaku di depan mata saya.  Kalau sebelum ini saya pernah menulis mengenai kanak-kanak yang dipergunakan oleh sendiket tertentu sudah tentu ada orang yang menyalah anggap. Saya tahu orang miskin memberi faedah kepada orang kaya, manakala orang kaya akan memberi faedah kepada orang miskin. Orang miskin berdoa untuk rezeki orang kaya setelah memberi sedekah. Manakala orang kaya berdoa kepada orang miskin agar cepat menjadi senang atau kaya agar dapat membantu orang miskin lain. Kita mempunyai baitulmal dan pusat zakat, namun ada pengusaha rumah-anak-anak yatim dan orang-orang tua berkata ianya tidak mencukupi. Ada maklumat yang saya perolehi bahawa sesebuah pertubuhan anak yatim memerlukan lebih dari duabelas ribu ringgit setiap bulan. Namun mereka menghadapi kesukaran kerana anggapan orang ram...

Di suatu sudut sebuah restoran

Apalah salahnya membenarkan seorang sukarelawan rumah anak-anak yatim  dan orang-orang tua memungut derma di suatu tempat awam? Kalau alasannya kerana tidak meminta kebenaran, tetapi sudah agak lama beliau berada di situ. Tiba-tiba dia hilang dan setelah saya bertemu dengan ustaz yang menjadi sukarelawan itu memberitahu pengurusan tempat bangunan lama tidak membenarkan dia menjalankan kegiatan tersebut. Adakah kerana ada pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kegiatannya menyebabkan pihak berkuasa bangunan berkenaan "menghalau" sukarelawan itu. Sedangkan saya pernah berbual dengan sukarelawan tersebut mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk makan minum serta kegiatan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Ketika bertemu seorang kakitangan yang berkuasa keatas bangunan (permis ) tersebut memberitahu saya bahawa sukarelawan itu tidak membuat permohonan kepada pihak pengurusannya. Kata saya janganlah salah anggap dengan orang itu sebab dia memungut derma untuk  anak...

Menoleh kembali ke arah belakang

Imej
Ketika saya memandu di daerah pendalaman Kedah pada 27 Disember 2010 lalu anak sulung saya berkata, " ayah bercerita kisah-kisah lama macam kelakar". Saya bertanya balik, "apa Along dan adik-adik tak percaya ke? Kalau tak percaya, malam ni cuba tanya Pak Ngah Wahid betul ke tidak cerita ayah ni". Adik-adiknya menyahut, " percaya...." Apa tidaknya, saya bercerita kisah-kisah yang berlaku 30 dan 40 tahun lalu. Kisah ketika saya berada di daerah ini (Sik). Kisah pergi sekolah pukul 5 pagi dari Kampung Sungai Batang (kini Tasik Beris). Namun mereka teruja apabila saya berhenti untuk seketika di pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Satu-satunya sekolah yang ada di Sik sekitar tahun 1970an. Walaupun saya tidak masuk ke perkarangan sekolah, namun dari luar saya masih dapat mengamit memori tahun 1970-1975. Kisah saya menjaga jalanraya bersama rakan-rakan. Kisah Kebawah Duli Sultan Kedah berangkat ke sekolah itu. Waktu itu majlis itu cukup hebat. Makluml...

Kalau dah rezeki

Saya bertemu dengan Kahar secara kebetulan di sebuah kedai runcit ketika dia sedang membetulkan motosikalnya. Di atas tempat duduk motosikalnya terdapat sebuah mesin basuh. Kahar memberitahu mesin basuh itu diambil dari rumah orang untuk dibaiki. Saya berminat berbincang dengan beliau kerana di rumah terdapat sebuah mesin basuh yang perlu dibaiki. Disebelah malam Kahar datang ke rumah saya untuk mengambil mesin basuh yang hendak dibaiki. Apa yang menarik untuk saya ketengahkan di sini ialah sikapnya yang ingin berdikari dengan caranya bagi menyara hidup. Kata Kahar kepada saya, beliau tidak mencuri, yang penting dia mendapat rezeki yang halal. Hari ini, hanya dua hari mesin basuh saya telah siap dibaiki dan dihantar ke rumah dengan kos penyelenggaraan yang berpatutan. Ketika menghulurkan wang upah dan kos membaiki mesin basuh saya memuji beliau kerana dapat membaiki mesin saya dalam tempoh yang begitu singkat. Saya tahu, dia harus memcari rezeki dalam masa terdekat untuk hidup. N...

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan; "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menampung keperluan ...

Sekali lagi! Bila lagi agaknya?

Kemalangan bas express yang melibat 10 orang terkorban di Ipoh mengejutkan Polis, Bomba, RELA, petugas hospital, wartawan. Sebenarnya lebih mengejutkan lagi ialah keluarga mangsa yang terlibat. Bagaimana dengan pemandu bas express? Kemalangan melibatkan nyawa seramai 10 orang bukan boleh dibuat main-main. Seorang pemandu yang hanya melanggar seekor ayam atau kucing boleh trauma seminggu. Inikan pula 10 orang. Sesiapa sahaja yang pernah bertemu bas perjalanan jauh di lebuhraya mungkin sering bertemu dengan pamandunya yang memandu laju. Maaf kepada yang tidak memandu begitu. Saya pernah memberi laluan kepada sebuah bas yang dipandu laju di belakang kereta saya. Saya pernah melihat sebuah bas membunyikan hon kepada sebuah kenderaan dilebuhraya sedangkan kereta tersebut memandu di lorong tengah. Saya pernah menaiki bas dari Guar Chempedak, Kedah pada suatu malam. Selepas bas tersebut mengambil penumpang di Sungai Petani, Kedah bas tersebut hanya berhenti rehat di R&R Tapah, Ip...

Di mana Nana?

Dia sepatutnya menghadiri kuliah seorang Profesor pada pukul 11 pagi. Namun beliau datang berjumpa saya terlebih dahulu. Saya pasti perbualan saya tidak patut diketahui oleh orang lain maka saya membawa dia ke bilik seminar yang berdindingkan cermin. Nana (bukan nama sebenar) tidak hadir kuliah seni foto saya selama 10 kali dari 14 kali. Mengikut peraturan dia wajib saya halang daripada mengambil peperiksaan. Namun sikapnya yang masih menghormati saya dan datang mencurahkan masalah maka saya harus memberikan dia pertimbangan yang adil. Perbualan dimulakan dengan tenang. Namun lama kelamaan saya lihat air jenih bergenang di kelopak matanya. Matanya semakin bersinar kerana air itu. Nana menghadapi satu masalah yang besar. Saya agak hilang pertimbangan apabila dia memberitahu sesuatu yang sukar saya dengar. Saya mendengar pengakuan itu seolah dari seorang adik atau anak perempuan! Namun saya harus melayannya secara professional kerana saya staff universiti dan dia adalah pelajar (pela...

Hidayah yang syahdu

1 Muharram 1431 Kali terakhir saya dipertemukan dengan Ariff ialah semasa dia datang untuk menjemput ke majlis perkahiwinannya dengan seorang gadis dari Kelantan. Ariff memberitahu saya neneknya berpesan agar menjaga bakal isterinya baik-baik. Saya teringat Ariff sempena Maal Hijrah 1431. Kisah beliau sudah lama ingin dicatatkan dimana-mana terutama setelah terbinanya blog ini.Namun ketika itu keadaan Ariff belum stabil maka saya biarkan sahaja. Kenapa Ariff yang harus saya catatkan kisahnya? Kisahnya bermula kira-kira lima tahun lalu ketika cuti pertengahan semester. Dia pelajar saya untuk kursus seni foto. Kekeliruan timbul apabila saya membuat semakan daftar nama pelajar ketika musim peperiksaan.Nama di dalam slip peperiksaan lain dan nama dalam daftar kehadiran tidak sama. Akhirnya semasa semester kedua dibuka semula, Ariff memberitahu saya nama sebenarnya seperti di dalam slip peperiksaan. Manakala dalam daftar kehadiran adalah nama Islamnya. Saya harus merahsiakan neg...

Wang tabung

Seorang rakan saya telah minum di sebuah restoran. Kebiasaan restoran terdapat tabung derma kebajikan untuk mana-mana pertubuhan. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila rakan saya menceritakan bahawa ketika hendak membayar setelah selesai menjamu selera, pekedai itu telah membuka tabung tersebut untuk memperolehi wang kecil. Timbul tandatanya kenapa harus dibuka tabung tersebut kalau hendak mendapatkan wang siling. Disini sudah tentu timbul jawapan bahawa apabila setiap pelanggan membayar dan memiliki wang lebih katakan lima puluh sen dan memasukkan ke dalam tabung tersebut. hasilnya katakan pelanggan mengeluarkan RM10 dan wang lebihan lima puluh sen sudah tentu pemilik restoran itu memperolehi laba. Atau, pemilik restoran itu telah memecah amanah hasil kutipan dari tabun tersebut yang boleh dibuka pada bila-bila masa.