Apa yang kita harapkan?
Ketika tiba di Pantai Tanjung Gemok, Kuala Rompin mata saya kagum melihat Laut China Selatan yang luas. Ombak memukul pantai, angin menyapa muka saya dengan lembut. Ramai rakan-rakan peserta sedang bermain air laut. Keasyikan mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran saya, mereka jauh lebih seratus meter dari pantai sedang asyik memukat ikan bersama-sama nelayan pantai yang mahir dengan laut.
Saya gemar dengan pantai di Laut China Selatan kerana pamandangannya yang luas, air bersih dan terhindar dari aktiviti laut yang membuatkan laut tercemar dengan minyak boat dan kapal.
Tanjung Gemok terletak berhampiran Kuala Rompin, Pahang menghala ke Mersing, Johor. Oleh kerana saya tiba hampir malam dan masih letih kerana memandu selama lima jam dari Bangi, maka tidak mengendahkan laut yang tidak menghasilkan Sunsite. Maklumlah Pantai Timur akan suram waktu senja kerana ketiadaan lembayung petangnya.
Keesokkan hari selepas solat Suboh saya ke pantai sekitar pukul 6.15 pagi. Hasrat untuk melihat matahari muncul di gigi air laut tercapai. Sebenarnya saya bukan keseorangan. Ramai-ramai rakan-rakan peserta kursus fotografi turun ke pantai. Oleh kerana saya datang lewat untuk mengendalikan kursus tersebut atas sebab tugasan penting di UKM maka pagi itu sempat menyampaikan sedikit panduan kepada rakan-rakan yang berada disekitar saya.
Saya keciwa akhirnya apabila matahari bersinar terik kelihatan sampah sarap begitu banyak di persisiran pantai. Banyaknya sampah persis Sungai Langat ketika hujan lebat. Sejauh mata memandang kelihatan sampah. Pantai yang indah dengan deruan ombak sebenarnya telah tercemar. Walaupun telah ada papan tanda yang dibuat oleh Persatuan Nelayan Kampung Jawa itu namun pantai ini telah dinodai oleh manusia. Dimana silapnya.
Rata-rata rakan berbincang masalah ini. Kami kesal dengan keadaan ini. Tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi telah membosankan saya.
Bayangkan kalau untuk dijadikan lokasi fotografi maka pantai ini pada hemat saya bukan selayaknya.
Sepatutnya persatuan nelayan mengambil inisiatif membersihkan kawasan ini dengan mengadakan gotong royong atau kalau pantai ini di bawah majlis daerah satu langkah yang positif perlu diambil agar pantai ini tidak menjadi kawasan pembuangan sampah.
Misalnya saya telah ke Mersing pada hari Sabtu lepas dan sudah ada usaha dilakukan oleh Majlis Perbandaran Mersing dengan membersihkan pantai agar menjadikan pantai itu selesa. Ketika saya ke Mersing pada tahun 2009 pantainya juga dicemari oleh sampah.
Jika kita hendak menjadikan pantai sebagi lokasi pelancongan maka faktor kebersihan hendaklah dititikberatkan.

Lihat vedio ringkas ini
Ulasan