Mencatatkan apa yang dialami,keluhan insan-insan tertentu, pengalaman insan-insan yang boleh dijadikan tauladan. Watak-watak dalam catatan ini tidak akan dinyatakan secara jelas kerana isi cerita yang akan diutamakan sebagai panduan kita bersama.
Cacatan Penulis
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mulai bulan September 2013, saya akan lebih banyak menulis di laman Dunia Saya setelah memikirkan adalah lebih baik menumpukan pada satu halaman kerana topik dan hasrat penulis hampir sama.
1969: Hospital Sungai Petani, Kedah: Anak Pak Cik, Mak Cik, kena tahan di wad. itu sahaja yang saya masih ingat apabila doktor di hospital itu selesai memeriksa saya. Badannya panas teruk. Seingat saya selepas itu saya dimandikan oleh Nurse dengan ketulan air batu, sejuk amat sangat tetapi amat selesa kerana badan saya ketika itu panas. Selepas lapan hari saya keluar namun masih tidak selesa kerana mengidap demam panas yang melampau. Selang tidak berapa lama ayah yang disayangi kembali ke Rahmatollah. Hospital Bersalin Kuala Lumpur 1991: "Encik Raai Osman...." laung seorang Nurse dari pintu klinik pemeriksaan ibu mengandung. "Isteri Encik tumpah darah. bawa dia ke wad kecemasan saya ikut sama". "Maaf, kandungan isteri Encik tak dapat diselamatkan...". 19 November 1991 Hujan diluar cukup lebat, kilat sabung menyabung. Emak makin lemah. Atas pesan doktor aku mengajak Nasir jiranku memandu untuk membawa emak ke HKL. Kata Nasir, h...
Ogos 1991: Doktor di sebuah klinik swasta meminta aku melihat mata emak. Dia kata mata mak saya putih dan tidak merah.Katanya dia akan membuat satu surat lampiran untuk diserahkan kepada Hospital Kajang. Dengan pemanduan yang luar biasa tapi masih berhati-hati saya ke Hospital Kajang. Malam itu emak ditahan di Hospital Kajang. Esoknya 4 beg darah dimasukkan ke badan emak. Lusa emak dikelambukan. Kata Jururawat; emak awak kena Denggi Berdarah...! Setiap hari aku dan isteri menjadikan Hospital Kajang sebagai rumah kedua. Tengahari pergi melawat emak petang selepas balik kerja juga begitu. Esoknya bila aku sampai, kelambu yang digunakan untuk emak dah ditanggalkan. Jururawat kata emak saya perlu dibawa ke Institut Penyelidikan Perubatan di KL (IMR) untuk mengambil air tulang belakang. Aku jadi risau. Ramai kawan-kawan yang pernah bekerja di bidang perubatan aku buat rujukan.Kata Kak Mimi isteri temanku, kalau setakat ambil kat tulang punggong tak serius sangat. Akhirnya aku faha...
Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, Bangi memberikan pengetahuan istimewa kepada saya petang tadi. Saya hadir ke situ untuk mengambil kaki palsu Fairus, anak saudara kepada isteri. Kaki palsu yang telah ditempah oleh Fatimah adik ipar saya seminggu lepas. Anaknya Fairus mengalami kecacatan pada kaki kiri setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. Akibat kemalangan itu Fairus tidak dapat bergerak dengan sempurna. Fatimah ibu kepada Fairus mengharungi kepayahan anaknya demi masa depan agar cerah dikemudian hari telah memohon kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerana Fairus saya dapat mengenali bengkel membuat kaki tiruan itu dan dapat berkenalan dengan Haji Hajarudin yang telah bersara wajib ketika usia 56 tahun empat tahun lalu. Kini Haji Hajarudin menyambung tugas itu secara kontrak. Dalam usia 60 tahun Haji Haja mampu menjadi pereka kaki tiruan disamping mengajar kepada pelatih-pelatih di situ bagaimana menghasilkan anggota tiruan u...
Ulasan