Catatan

Haruskah begini?

Ketika saya keluar dari surau setelah selesai menunaikan solat Magrib di hentian jejantas lebuhraya Air Keroh, Melaka arah ke Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu telah disapa oleh tiga anak gadis berbaju kurung warna merah. Mereka menunjukkan botol kerim minyak angin. Sapaan begini biasanya saya layan dengan positif dengan menghulurkan wang tanpa membeli minyak angin tersebut. Perkara yang sama telah saya lakukan pada 18 Mei lalu semasa saya dalam perjalanan pulang ke Muar, Johor. Malam tersebut saya terus menyapa anak gadis ini dengan untuk menghilangkan keraguan yang telah saya pendamkan sejak sekian lama. Menerusi laman ini saya turunkan petikan perbualan saya dengan anak gadis ini. S: Anak-anak ni datang dari mana? J: Kedah....(negeri asal saya) S: Tak sekolah ke mai jauh-jauh ni sedangkan esuk hari sekolah (hari itu cuti umum Wesak). J: Sekolah...... S: Kalau sekolah macam mana ada kat sini.Esukkan hari sekolah? J: Kami sekolah kat Port Dickson.... S: Kata datang dari sekolah,...

Perbualan hanya lima minit

Di sebuah bangunan milik organisasi badan berkanun di Kuala Lumpur. Setelah puas menunggu anak saudara menghadiri temuduga saya keluar dari kereta setelah membaca buku dan akhbar. Bayangkan dari jam 8 pagi hingga jam 11 pagi itulah masa yang telah digunakan. Setelah keluar saya melihat gelagat seorang lelaki india (maaf, ini cerita benar tanpa mahu meletakkan isu apa-apa). Dia menyanyi-nyanyi sendirian sambil mencari-cari sesuatu. Selang lima belas minit dia kembali semula ketempat yang sama dengan membawa sebuah kereta tolak beroda satu. Lelaki india itu mengambil beberapa plastik hitam berbentuk bergulung. "Hallo..., berapa awak dapat satu hari jual ini barang?", tanya saya. "30 kadang 40 (dalam RM la tu...)" jawab lelaki india tersebut. Saya mengangguk kepala. "Ini barang awak angkat ka?" sambil menunjukkan lobang empat segi yang telah tinggal lobang saja. "Ini tarak ambil. Itu kedai pun tak mau angkat. Tapi ada kedai sana Sungai Besi ...

Seorang pesakit di sebuah hospital ternama

Empat malam saya tidur di masjid sebuah hospital ternama bersama dua anak yang masih kecil kerana isteri baru lepas bersalin anak ketiga. Anak dan isteri saya ditahan kerana kerana tekanan darah rendah. Seorang pakcik menjadi kenalan baru saya. Dari perbualan saya mengetahui beliau merupakan seorang pesakit mental kerana mengalami tekanan jiwa akibat isterinya curang dengan lelaki lain. Empat malam saya dan anak-anak dilayan macam bertamu di rumahnya. Sedangkan saya hanya menumpang tidur di masjid.Dia memasangkan ubat nyamuk sewaktu anak saya tidur. Saya sempat bertanya kenapa dia tidak tinggal di wad hospital. Jawabnya mudah, "mana abang boleh tahan doktor kata abang gila sedangkan abang dapat sakit tekanan perasaan. Dia orang ingat abang tak faham bahasa Inggeris?" Saya mengangguk dan terfikir oleh saya kesian dia kena makan ubat, tapi perasaannya langsung tidak mahu difahami. Dalam dia mengalami tekanan perasaan dia masih berperasaan

Seorang mak cik di farmasi hospital ternama

Sedang saya menunggu nombor giliran untuk mengambil ubat di sebuah farmasi Hospital ternama (rahsialah tu). Saya duduk disebelah seorang perempuan warga emas. Dia memandang saya dan saya melemparkan senyuman kepadanya. "Nak minta duit sikit....." tanpa berfikir panjang terus memberikan sedikit wang (rahsia lagi jumlahnya. "Allah murahkan rezeki anak ni... mudah-mudahan naiklah pangkat anak" Saya hanya mampu tersenyum sebab dialognya sudah tentu didengari oleh pesakit lain yang sedang menunggu untuk mengambil ubat. "Makcik sakit apa...?" "Makcik sakit jiwa" jawabnya selamba. Saya masih mampu berfikir dan berdetik dalam hati..., "kesian dia datang seorang diri ke hospital tanpa diiringi waris...."

Perjalanan 30 minit menjadi 3 jam!

Jam 5.15 petang saya menghidupkan kenderaan untuk menjemput isteri di Pusat Perubatan UKM (dulu HUKM). Hujan di kampus UKM Bangi lebat sekali. Tiba di hentian laluan Serdang ke Sungai Besi saya berhenti solat Asar. Hujan masih lebat. Selesai solat isteri mengirim sms "kat sini (PPUKM) hujan lebat". Tiba di pondok tol, kenderaan berbaris panjang. Jarak kenderaan saya dengan pondok tol lebih kurang 80 meter. Saya sudah boleh menduga pasti kena tersangkut panjang kat situ. Jam menunjukan sudah 6.08 petang. KLFM (radio orang KL) melaporkan menerusi sms DAPAT banyak jalan sesak!. Kemudian DJ KLFM menghubungi pihak pengurusan Terowong Smart. Terowong belum ditutup. Biar apa pun saya tanpa sedar tak sedar menghidupkan enjin tepat jam 7.54 malam. Tiba di perhentian LRT Bandar Tasik Selatan untuk menjemput anak orang ramai sedang menunggu bas, teksi atau suami/isteri. Jam 8.15 malam saya selamat menjemput isteri di PPUKM. Begitulah hebatnya manusia di Kuala Lumpur! Jika bukan ...

Kisah tandas (bilik air)

Seorang menteri yang berucap disuatu majlis, beliau menceritakan kisah menggunakan tandas disebuah negara. Beliau hairan kenapa pengguna tandas lambat keluar setelah selesai melepaskan hajat mereka. Rupa-rupanya ujar menteri tersebut, setiap pengguna tandas di negara tersebut mereka akan mencuci kesan kekotoran hasil "membuang hajat" mereka demi keselesaan orang selepasnya!! Wau...cuba anda bayangkan jika semua rakyat kita bersikap seperti itu sudah tentu tandas dinegara kita tidak kotor dan tidak perlu ada pencuci tandas. Tapi cuba anda bayangkan tandas di negara kita yang ada pencuci masih kotor!!

Mengajar tanpa kita sedari

Ramai diantara kita menerima e-mel. Ada yang berkesan malah ada yang langsung tidak meninggalkan kesan kepada kita. Saya ingin membawa anda dengan satu e-mel yang membuatkan saya jadi tergamam! Isi e-melnya ringkas namun amat berkesan. Saya tidak mahu memberikan nama sebenar penulis e-mel dan isi sebenar (asli) dari e-melnya. Namun cuba anda fahami moral cerita dari e-mel berikut: "Saya pelajar Encik yang paling malas. Namun setelah dewasa, dan bekerja kini baru saya faham apa yang En. syarahkan semasa En. mengajar di kuliah dulu." "Saya masih ingat semasa kita membuat outing ke Taman Burung KL, kita sama naik komuter. Paling menyentuh perasaan saya ketika En. sanggup berdiri dan memberikan tempat duduk kepada seorang wanita mengandung. Saya terfikir satu pelajaran secara tidak sedar telah En. lakukan" Sebagai maklumat anda, saya sudah lupa peristiwa tersebut, namun setelah membaca e-mel itu baharulah saya terfikir rupa-rupanya ada masanya kita mengajar masy...