Perjalanan 30 minit menjadi 3 jam!

Jam 5.15 petang saya menghidupkan kenderaan untuk menjemput isteri di Pusat Perubatan UKM (dulu HUKM). Hujan di kampus UKM Bangi lebat sekali. Tiba di hentian laluan Serdang ke Sungai Besi saya berhenti solat Asar. Hujan masih lebat. Selesai solat isteri mengirim sms "kat sini (PPUKM) hujan lebat".

Tiba di pondok tol, kenderaan berbaris panjang. Jarak kenderaan saya dengan pondok tol lebih kurang 80 meter. Saya sudah boleh menduga pasti kena tersangkut panjang kat situ.

Jam menunjukan sudah 6.08 petang. KLFM (radio orang KL) melaporkan menerusi sms DAPAT banyak jalan sesak!. Kemudian DJ KLFM menghubungi pihak pengurusan Terowong Smart. Terowong belum ditutup.

Biar apa pun saya tanpa sedar tak sedar menghidupkan enjin tepat jam 7.54 malam. Tiba di perhentian LRT Bandar Tasik Selatan untuk menjemput anak orang ramai sedang menunggu bas, teksi atau suami/isteri. Jam 8.15 malam saya selamat menjemput isteri di PPUKM.

Begitulah hebatnya manusia di Kuala Lumpur! Jika bukan jalan sesak tak nama KL. Itulah kata-kata lazim oleh masyarakat KL.

Nak jadi orang KL kena kuat kerja, kuat mencari peluang rezeki. Tapi paling mustahak kena kuat menghadapi jalan sesak di jalan raya.

-Kuala Lumpur 2 April 2008

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

1998~2009 Sejarah lama saya

Sayangi organisasi kita