Saya menjadi anak yatim ketika usia 11 tahun setelah ayah kembali ke Rahmatollah. Tepat pandangan pakar psikologi kematian merupakan satu peristiwa yang sukar dilupai. Kematian amat memeritkan untuk dikenangan. Bagi saya mengalami kematian seorang ayah ketika usia saya 11 tahun amat sukar untuk dilupakan kerana ketika seusia itu saya sudah merasai kasih sayang dan budi ayah. Masih saya ingat ayah mengajar berpuasa. Ayah pernah membawa saya keluar ke bandar dan mencari kedai makan kerana saya lapar. Di dalam kedai terdapat ramai orang dewasa menjamu selera kerana tidak berpuasa. Ayah kata mereka uzur. Waktu itu saya tidak faham hukum maka saya hanya melihat mereka menjamu selera begitu enak! Ayah pernah berpesan, jangan buat jahat. Jangan bunuh binatang ketika berpuasa. Mana saya tahu apa sebabnya. Kesan nasihat itu sehingga kini saya jadi simpati kepada semua haiwan walaupun seekor ular yang sedang melintasi jalan ketika memandu kereta. Masih ingat ayah pernah berpe...