Di suatu sudut sebuah restoran
Apalah salahnya membenarkan seorang sukarelawan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua memungut derma di suatu tempat awam? Kalau alasannya kerana tidak meminta kebenaran, tetapi sudah agak lama beliau berada di situ. Tiba-tiba dia hilang dan setelah saya bertemu dengan ustaz yang menjadi sukarelawan itu memberitahu pengurusan tempat bangunan lama tidak membenarkan dia menjalankan kegiatan tersebut. Adakah kerana ada pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kegiatannya menyebabkan pihak berkuasa bangunan berkenaan "menghalau" sukarelawan itu. Sedangkan saya pernah berbual dengan sukarelawan tersebut mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk makan minum serta kegiatan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Ketika bertemu seorang kakitangan yang berkuasa keatas bangunan (permis ) tersebut memberitahu saya bahawa sukarelawan itu tidak membuat permohonan kepada pihak pengurusannya. Kata saya janganlah salah anggap dengan orang itu sebab dia memungut derma untuk anak...