Rezeki mesti halal

Saya kerap membeli belah di sebuah pusat membeli belah bersama keluarga. Yalah hendak mencari harga yang murah. Namun ketika mencari barang-barang dapur mata ada kalanya terpandang tingkah laku segelintir pengunjung. Lihat sahaja tetapi tidak mampu hendak menegur!

Ada kalanya pembeli yang sedang membeli sempat merasai apa-apa makanan terutamanya biskut, buah. Merasa makanan bukan sikit, tetapi ada waktunya seperti seolah-olah hendak kenyang.

Ingatlah pada hemat saya itu juga seolah-olah makan makanan tidak halal kerana tidak membayarkan? Jikalau lapar pun kita boleh beli atau mencari mana-mana meja promosi makanan yang sering terdapat di mana-mana pasaraya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Berakhir sebuah kehidupan

Apa kabar Cikgu?