Teh Merdeka

Kehidupan bertugas sebagai Jurufoto membolehkan saya bersama dengan individu tertentu yang mungkin sukar diperolehi oleh sesetengah orang.

Pagi Jumaat 29 Ogos lalu selepas bertugas di majlis Wacana Hadhari, saya berkesempatan bertemu dengan seorang Profesor. Beliau seorang berketurunan Cina dari Setiawan Perak. Fasih berbahasa Melayu.

Kagum dengan perwatakan beliau yang sering saya temui sewaktu bertugas maka kesempatan yang ada membolehkan saya bersamanya dalam satu sidang minum teh secara empat mata sahaja.

"Mari, kita minum Teh Merdeka", pelawa Profesor tersebut. Jikalau beliau seorang muslim sudah tentu minum teh pagi itu akan menjadi Teh Ramadhan!

Sudah tentu saya banyak berbual dengan beliau, namun tidak semua dapat dicatatkan dalam ruangan yang terhad ini. Beliau seorang Profesor berbangsa Cina namun menguasai budaya melayu. Membuat kajian pantun-pantun melayu nusantara. Telah menerbitkan sebuah buku "Pantun Baba".

Menariknya beliau memberitahu saya bahawa sedang menyiapkan sebuah buku kajian mengenai bagaimana orang melayu mencipta pantun. Saya menjadi lebih kagum kerana Profesor ini lebih istimewa setelah dapat bertentang mata dan duduk semeja sambil menjamu "Teh Merdeka'

Saya bertanya beliau bagaimana minatnya menjadi begitu mendalam dalam kajian budaya melayu. Jawapannya ialah kesan yang dilakukan oleh kerajaan mengadakan kempen "Bulan Bahasa" semasa dialam persekolahannya.

"Ramai kawan-kawan saya fasih cakap melayu....." jelas Profesor itu.

Namun begitu saya lebih tertarik apabila beliau memberitahu minatnya menjadi mendalam sewaktu melihat iklan kerja kosong jawatan Pengarah Dewan Bahasa.

"Gajinya Tiga Ribu.....saya teruja!"
"Tapi gaji Prof sekarang lebih besarkan?" tanya saya.
"Saya tak tau besar mana gaji saya".

Rumusan saya selepas 51 tahun Malaysia Merdeka kita jarang bertemu dengan orang Malaysia seperti Profesor tersebut. Ketika beliau bertemu sesiapa saja maka ucapannya yang berbunyi "Hallo Orang Kaya" akan kedengaran dari mulutnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

1998~2009 Sejarah lama saya

Sayangi organisasi kita