Senarai Blog Saya

26 November 2008

Orang pencen

Ada dikalangan masyarakat menganggapkan masa pencen (bersara) adalah masa untuk berehat. Terdapat dikalangan kakitangan kerajaan yang menanti masa untuk pencen. Apabila kerajaan membuat keputusan untuk menyambung tempuh umur pencen ke-58 ramai yang tidak suka. Ada yang suka terus buat pilihan pencen pada usia 58!.

Saya? ambil umur pencen pada usia 58 juga. Justeru saya akan pencen 8 tahun lagi pada tahun 1916. Tidak perlu dirahsiakan lagi.

Maasa seperti menipu kita. Itu adalah istilah orang-orang sekarang. Tepat (Al Quran itu tepat) seperti dalam Surah Al' Ashr yang mengingatkan kita tentang masa.

Siang tadi saya bertemu dengan seorang pensyarah UKM yang sudah bersara tetapi masih bertugas di sebuah IPTA ternama juga. Dia bertanya saya bila lagi nak pencen. Jawab saya "rambut belum penuh uban ". Dia ketawa besar.

Dia diantara pensyarah yang rajin menjenguk saya di bilik kerja sebelum memulakan kuliah. Jikalau kuliah jam 11 pagi, jam 10 pagi dia sudah sampai di bilik saya. Banyak topik saya berbincangkan dengan beliau.

"Saya dah 8 tahun pencen" jawab pensyarah tersebut apabila saya ingin tahun tempuh pencennya.

"Kau lambat lagi?" tanya beliau.

"8 Tahun lagi" jawab saya.

Bayangkan masa yang sudah dilalui oleh pensyarah tersebut dalam tempuh pencennya dan sambung kontrak di IPTA lain. Banyak sumbangan beliau biarpun sudah pencen 8 tahun.

"Dr. S.." berlalu dengan meninggalkan saya sambil membuat sifir.....8 tahun saya akan pencen, maka dalam masa 8 tahun mungkin banyak yang boleh saya sumbangkan biarpun saya bukan seorang pensyarah, jauh pula sebagai Profesor!

Tiada ulasan: