Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2005

Catatan sepanjang Aidilfitri 1426/2005

Aidilfitri 1426 bagi saya agak berbeza dengan sambutan tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini kami (keluarga isteri) kehilangan orang tersayang-Ibu mertua. Kerana tahun ini dia tiada lagi kerana tahun lepas merupakan hari raya terakhir buat kami anak menantu bersamanya. Jangan tanya emak dan ayah saya, kerana saya sudah kehilangan ayah sejak 1969 lagi. Emak saya 1991. Ayah mertua 1992. Setiap tahun setahu saya, saya merupakan orang terawal bersalam dengannya sebelum pergi solat raya! Kerana saya tahu betapa bernilainya seorang ibu, biarpun dia ibu mertuaKu! Tahun ini juga cukup berkesan bagi saya kerana kesan Tsunami masih menghantui dunia. Ramai anak-anak yatim merenung sayu entah di mana pusara ibu ayah, adik kakak dan abang mereka. Dan paling mneyedihkan mereka juga terus tiada atuk dan nenek!! Kita masih bersyukur walaupun kehilangan orang tersayang, tapi pusara masih ada untuk diziarahi.......... Paling menyayukan nasib mereka yang ditimpa gempa bumi semasa bulan Ramadhan lalu. Ran