Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Kalau dah rezeki

Saya bertemu dengan Kahar secara kebetulan di sebuah kedai runcit ketika dia sedang membetulkan motosikalnya. Di atas tempat duduk motosikalnya terdapat sebuah mesin basuh. Kahar memberitahu mesin basuh itu diambil dari rumah orang untuk dibaiki. Saya berminat berbincang dengan beliau kerana di rumah terdapat sebuah mesin basuh yang perlu dibaiki. Disebelah malam Kahar datang ke rumah saya untuk mengambil mesin basuh yang hendak dibaiki. Apa yang menarik untuk saya ketengahkan di sini ialah sikapnya yang ingin berdikari dengan caranya bagi menyara hidup. Kata Kahar kepada saya, beliau tidak mencuri, yang penting dia mendapat rezeki yang halal. Hari ini, hanya dua hari mesin basuh saya telah siap dibaiki dan dihantar ke rumah dengan kos penyelenggaraan yang berpatutan. Ketika menghulurkan wang upah dan kos membaiki mesin basuh saya memuji beliau kerana dapat membaiki mesin saya dalam tempoh yang begitu singkat. Saya tahu, dia harus memcari rezeki dalam masa terdekat untuk hidup. N

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan; "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menampung keperluan