Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara. Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan. Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya. Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja kami jadi