Mesin ATM

Kisah mesin ATM kena rompak sudah menjadi berita besar masakini. Kejadian begitu biarlah diuruskan oleh bank dan polis. Harap-harap perompak janganlah buat lagi kerja-kerja sebegini kerana dengan tugasan anda yang merosakkan ATM akan menyusahkan orang lain. Mana tidaknya jikalau ada orang yang dalam kecemasan nak keluar duit mesin rosak kena rompak. Tambahan di pekan-pekan kecil.

Apa yang saya hendak catat kali ini ialah sikap orang-orang kita ketika mengeluarkan wang. Lihat saja kertas-kertas penyata ATM bersepah-sepah di sekitar mesin ATM. Bukankah pada mesin ATM akan membuat pertanyaan perlukah resit? Masalahnya apabila sudah tekan "Ya" resit keluar dan resit itu dibuang bersepah.

Kita ada pilihan, nak atau tidak. Jikalau resit hendak dibawa balik, tekan YA. Kalau tak mahu tekan "Tidak". Mentaliti orang kita memang suka membuat sampah!
mari kita sama-sama berubah sikap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Berakhir sebuah kehidupan

Apa kabar Cikgu?