Jiran

Dalam Islam, jiran menjadi orang yang utama dalam kehidupan kita. Sebab itu Islam mengajar kita agar menghormati jiran dan mengutamakan jiran. Seharusnya jikalau jiran kita dilanda kesusahan kita akan merasainya.

Petang tadi saya sempat berbual sebentar dengan jiran yang saya agak lama tak jumpa. Namun dalam kehidupan seharian saya kerap temuinya bilamana dia melintasi rumah setiap jam 6.30 pagi.

"Saya bangun jam 2 pagi bang. Jam 6.30 saya keluar hantar nasi lemak di sebuah hospital. nasi lemak tu saya letak di kios hospital."

"Banyak?" tanya saya.
"Hospital P.. saya letak 70 bungkus, hospital K.. 100 bungkus"
"Banyak tu, murah rezeki" balas saya.
"Boleh la bang... rezeki untuk anak-anak".

Itulah rezeki sekiranya kita mahu berusaha. Saya belajar segala-galanya dari perbualan yang hanya seketika itu. Mencari rezeki di mana-mana tetap ada. Namun harus kita ingat untuk memperolehi RM1.00 bukannya mudah. Terpaksa bangun jam 2 pagi.

Kenapa kita yang mudah memperolehi rezeki tetapi tidak mensyukurinya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Apa kabar Cikgu?

Berakhir sebuah kehidupan