Mencatatkan apa yang dialami,keluhan insan-insan tertentu, pengalaman insan-insan yang boleh dijadikan tauladan. Watak-watak dalam catatan ini tidak akan dinyatakan secara jelas kerana isi cerita yang akan diutamakan sebagai panduan kita bersama.
Cacatan Penulis
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mulai bulan September 2013, saya akan lebih banyak menulis di laman Dunia Saya setelah memikirkan adalah lebih baik menumpukan pada satu halaman kerana topik dan hasrat penulis hampir sama.
Pengalaman selalunya mengajar kita erti sebuah kehidupan. Bermula 4 Disember 2004 telah mengukir satu lagi pengalaman baru buat saya. Semasa isteri memberitahu saya emaknya jatuh di bilik air satu igauan telah menerjah ke benak saya. Isteri saya agak cemas kerana pesanan SMS dari adiknya mengatakan emaknya patah kaki. Saya telah mengulang membaca sekali lagi. Bukan kaki yang patah, tapi tangan emaknya yang patah 4 Disember 2004 Kami tiba di Segamat. Malam itu isteri saya tidur disebelah emaknya. Sampai pagi emaknya tidak selesa tidur kerana badannya yang besar menyulitkan tidurnya. Tangan emaknya sakit sekali.Dia tidak "koma" seperti kebiasaan berlaku pada orang seusianya (74 tahun) apabila terjatuh di bilik air.Syukur fikir saya. Oleh kerana hari Isnin kena bertugas, petang Ahad kami pulang ke Bangi. Bisik saya "pada diri saya"; semasa emak saya sakit Leukimia 13 tahun dulu isteri begitu setia menjaga emak saya, jadi masakan sekarang saya tidak boleh memb...
1969: Hospital Sungai Petani, Kedah: Anak Pak Cik, Mak Cik, kena tahan di wad. itu sahaja yang saya masih ingat apabila doktor di hospital itu selesai memeriksa saya. Badannya panas teruk. Seingat saya selepas itu saya dimandikan oleh Nurse dengan ketulan air batu, sejuk amat sangat tetapi amat selesa kerana badan saya ketika itu panas. Selepas lapan hari saya keluar namun masih tidak selesa kerana mengidap demam panas yang melampau. Selang tidak berapa lama ayah yang disayangi kembali ke Rahmatollah. Hospital Bersalin Kuala Lumpur 1991: "Encik Raai Osman...." laung seorang Nurse dari pintu klinik pemeriksaan ibu mengandung. "Isteri Encik tumpah darah. bawa dia ke wad kecemasan saya ikut sama". "Maaf, kandungan isteri Encik tak dapat diselamatkan...". 19 November 1991 Hujan diluar cukup lebat, kilat sabung menyabung. Emak makin lemah. Atas pesan doktor aku mengajak Nasir jiranku memandu untuk membawa emak ke HKL. Kata Nasir, h...
Ogos 1991: Doktor di sebuah klinik swasta meminta aku melihat mata emak. Dia kata mata mak saya putih dan tidak merah.Katanya dia akan membuat satu surat lampiran untuk diserahkan kepada Hospital Kajang. Dengan pemanduan yang luar biasa tapi masih berhati-hati saya ke Hospital Kajang. Malam itu emak ditahan di Hospital Kajang. Esoknya 4 beg darah dimasukkan ke badan emak. Lusa emak dikelambukan. Kata Jururawat; emak awak kena Denggi Berdarah...! Setiap hari aku dan isteri menjadikan Hospital Kajang sebagai rumah kedua. Tengahari pergi melawat emak petang selepas balik kerja juga begitu. Esoknya bila aku sampai, kelambu yang digunakan untuk emak dah ditanggalkan. Jururawat kata emak saya perlu dibawa ke Institut Penyelidikan Perubatan di KL (IMR) untuk mengambil air tulang belakang. Aku jadi risau. Ramai kawan-kawan yang pernah bekerja di bidang perubatan aku buat rujukan.Kata Kak Mimi isteri temanku, kalau setakat ambil kat tulang punggong tak serius sangat. Akhirnya aku faha...
Ulasan