Dia bukan sekadar pelakon

Semalam: Ketika hendak bersolat Zohor di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya saya sempat menyapa seorang pelakon terkenal. Beliau terkenal dalam lakonan teater, filem dan TV. Saya memang meminati lakonannya. Paling menarik beliau tidak pernah terlibat sebarang gosip yang buruk.

Saya sempat beramah mesra selepas solat yang diimamkan oleh beliau.

Kehidupan dunia lakonannya tidak saya sentuh sama sekalai kerana ketika saya berkata "lama tak dengar berita" beliau hanya berkata "cukuplah tu". Ungkapan itu sudah memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu berbicara hal-hal dunia lakonan.

Namun seperti kata-kata saya dalam catatan Teh Merdeka, saya bertuah kerana mampu meneroka kehidupan seseorang hasil kerjaya saya selama ini. Jikalau dalam catatan Teh Merdeka saya mengukir kisah seorang Profesor, kini saya menurunkan satu catatan seorang pelakon terkenal.

"Saya ada tanah dekat sana" terang abang apabila saya memberitahu tempat tinggal saya.

"Saya wakafkan tanah tu untuk orang-orang tua" jelas beliau.

Moral catatan saya, belau bukan sekadar pelakon namun mampu membuat kerja kebajikan untuk masyarakat. Inilah indahnya kehidupan jika mampu membuat ibadah dihari tua!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

1998~2009 Sejarah lama saya

Sayangi organisasi kita