Tergamam seketika
Dalam meneruskan tugasan sebagai Jurufoto banyak perkara yang boleh dilihat secara langsung. Ini kelebihan kami kerana ada waktunya tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain kami berpeluang berbuat demikian atas urusan tugas.
Namun ada juga perkara-perkara yang tidak boleh hebahkan atas sifat menjaga integriti. Jikalau hendak mencerita juga, haruslah dirahsiakan nama dan tempat yang sebenar.
Inilah yang terjadi kepada saya dan rakan setugas, Hj Ismail apabila masuk kesebuah pusat hemodialisis.
Agak tergamam kerana saya ditemukan orang amat saya kenali sedang menerima rawatan hemodialisis.
Paling memilukan apabila seorang pesakit di situ memberitahu saya, beliau sudah 15 tahun menerima rawatan tersebut!
Kita masih sihat, justeru itu bersyukurlah dengan nikmat yang kita terima. Biarpun kita tidak kaya, berpangkat tapi kita masih sihat......

Ulasan