Saya belajar perkara baharu

Saya didatangi seorang pelajar lelaki berbangsa cina kira-kira pukul 4 petang semalam (9 Julai 2008). Beliau pernah menghubungi saya menerusi emel tiga hari lepas. Dia pelajr tahun 3 di UKM dalam pengajian pendidikan. Menariknya pelajar ini dia seorang OKU (pekak).

Mulai pukul 4 petang itu saya berkenalan dengan seorang OKU yang amat memerlukan bantuan seorang guru. Saya beranggapan demikian, pelajar ini perlu berada dalam kursus ko-kurikulum seni foto selama 28 minggu untuk dua semester.

Kami berkomunikasi dengan menulis, sedangkan kami bertemu secara lahiriah. Inilah rahmat Allah menemukan saya dengan pelajar ini.

Pertemuan hampir setengah jam itu berlalu dengan mesra walaupun kami tidak berkomunikasi secara oral. Apa yang ditanya saya jawab dengan mudah. Apa yang saya tulis dia faham dengan memberikan respon menganggukkan kepala.

Inilah pengalaman saya yang pertama berkomunikasi dengan kaedah begini.

Akhirnya saya menghela nafas panjang, rugi saya tidak belajar bahasa isyarat. Mulai hari ini mahu tidak mahu saya harus belajar bahasa isyarat, biarpun dia susah hendak faham.

Inilah kuasa Allah, inilah rahmat Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Berakhir sebuah kehidupan

Apa kabar Cikgu?