Haruskah begini?

Ketika saya keluar dari surau setelah selesai menunaikan solat Magrib di hentian jejantas lebuhraya Air Keroh, Melaka arah ke Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu telah disapa oleh tiga anak gadis berbaju kurung warna merah. Mereka menunjukkan botol kerim minyak angin. Sapaan begini biasanya saya layan dengan positif dengan menghulurkan wang tanpa membeli minyak angin tersebut. Perkara yang sama telah saya lakukan pada 18 Mei lalu semasa saya dalam perjalanan pulang ke Muar, Johor.

Malam tersebut saya terus menyapa anak gadis ini dengan untuk menghilangkan keraguan yang telah saya pendamkan sejak sekian lama. Menerusi laman ini saya turunkan petikan perbualan saya dengan anak gadis ini.

S: Anak-anak ni datang dari mana?
J: Kedah....(negeri asal saya)
S: Tak sekolah ke mai jauh-jauh ni sedangkan esuk hari sekolah (hari itu cuti umum Wesak).
J: Sekolah......
S: Kalau sekolah macam mana ada kat sini.Esukkan hari sekolah?
J: Kami sekolah kat Port Dickson....
S: Kata datang dari sekolah, macamana sekolah kat PD?
J: Kami sekolah pagi petang buat program usahawan.
S: Sekolah macamana tu tinggal kat Kedah
J: Belajar hafazan.
S: Umur anak-anak ni dalam tingkatan berapa?
J: Tingkatan 2
S: Pakcik nak tahu, di sekolah ada belajar untuk ambil PMR atau SPM
- Mereka menggelengkan kepala. Antara mereka berdua sambil menjawab sambil tersenyum sambil serba salah dengan pertanyaan saya. Berulang kali saya menanyakan soalan tentang sistem pelajaran di sekolahnya. Mereka tetap menggelengkan kepala beberapa kali bahawa mereka tidak mendapat peluang mengambil PMR atau SPM.

Apabila saya bertanya tentang pelajaran yang dipelajari mereka hanya belajar Bahasa Melayu, Matematik sahaja!

S: Wang untung ada ustaz bagi pada anak-anak?
J: Tidak. Jikalau kami perlu baru ustaz beri.
S: Habis wang hasil jualan beri pada siapa?
J: Ustaz untuk bantu anak-anak yatim dan fakir miskin.
S: Kamu ni anak-anak yatim ke?
J: Tidak.
S: Untuk makan ustaz beri berapa setiap hari?
J: RM10

- Saya bertanya mereka adakah mereka terasa jualan minyak angin itu mahal. Mereka menggelengkan kepala. Tahu tak jika belajar betul-betul boleh melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti Al Azhar. Mereka menggelengkan kepala.

Sebelum saya beredar, saya menghulurkan sedikit sedkah untuk buat minum/makan mereka. Saya meluahkan satu kata-kata "Pakcik sedih, kesal,kesian dengan anak-anak yang sepatutnya belajar secara teratur."

Tapi mereka mungkin telah dilatih kerana mereka tetap melepaskan senyuman kepada saya. Sedangkan saya masih menyimpan misteri mereka sehingga kini. Mari kita fikir-fikirkan.

Pautan berkaitan Anak Yatim dan Orang-Orang Tua

Ulasan

Dia seorang gadis manis. Penampilannya menarik, datang menghulurkan jualan berupa ubat sapuan kepada saya di sebuah R&R tengahari tadi. Saya kata tak mahu beli. Katanya kalau tak mahu beli boleh tak menderma untuk sebuah sekolah tahfiz di Kuala Kedah. Saya kata mana surat kebenaran memugut derma? Kalau nak tengok dia berikan. Tapi tidak dikeluarkannya...

Persoalan:
>Masih ada aktiviti sebegini di R&R tetapi mengubah staratigi (gadis manis dengan penampilan barangan berjenama-tak kisahlah kalau pun bukan asli).
>Bila saya tanya awak pelajar ke, dia kata dia staff, persoalannya kenapa tak pakai tag nama staff?
>Kebanyakkan target orang berusia (macam saya), bersongkok, kalau ada kumpulan keluarga yang pasti bertudung.
>Kenapa harus sorok-sorok barangan yang hendak dijual.
>Tidak lagi menggunakan pelajar remaja berbaju kurung.

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Apa kabar Cikgu?

Berakhir sebuah kehidupan