Seorang pesakit di sebuah hospital ternama

Empat malam saya tidur di masjid sebuah hospital ternama bersama dua anak yang masih kecil kerana isteri baru lepas bersalin anak ketiga. Anak dan isteri saya ditahan kerana kerana tekanan darah rendah.

Seorang pakcik menjadi kenalan baru saya. Dari perbualan saya mengetahui beliau merupakan seorang pesakit mental kerana mengalami tekanan jiwa akibat isterinya curang dengan lelaki lain.

Empat malam saya dan anak-anak dilayan macam bertamu di rumahnya. Sedangkan saya hanya menumpang tidur di masjid.Dia memasangkan ubat nyamuk sewaktu anak saya tidur.

Saya sempat bertanya kenapa dia tidak tinggal di wad hospital.
Jawabnya mudah, "mana abang boleh tahan doktor kata abang gila sedangkan abang dapat sakit tekanan perasaan. Dia orang ingat abang tak faham bahasa Inggeris?"

Saya mengangguk dan terfikir oleh saya kesian dia kena makan ubat, tapi perasaannya langsung tidak mahu difahami. Dalam dia mengalami tekanan perasaan dia masih berperasaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Berakhir sebuah kehidupan

Apa kabar Cikgu?