Mengajar tanpa kita sedari

Ramai diantara kita menerima e-mel. Ada yang berkesan malah ada yang langsung tidak meninggalkan kesan kepada kita.

Saya ingin membawa anda dengan satu e-mel yang membuatkan saya jadi tergamam! Isi e-melnya ringkas namun amat berkesan. Saya tidak mahu memberikan nama sebenar penulis e-mel dan isi sebenar (asli) dari e-melnya. Namun cuba anda fahami moral cerita dari e-mel berikut:

"Saya pelajar Encik yang paling malas. Namun setelah dewasa, dan bekerja kini baru saya faham apa yang En. syarahkan semasa En. mengajar di kuliah dulu."

"Saya masih ingat semasa kita membuat outing ke Taman Burung KL, kita sama naik komuter. Paling menyentuh perasaan saya ketika En. sanggup berdiri dan memberikan tempat duduk kepada seorang wanita mengandung. Saya terfikir satu pelajaran secara tidak sedar telah En. lakukan"

Sebagai maklumat anda, saya sudah lupa peristiwa tersebut, namun setelah membaca e-mel itu baharulah saya terfikir rupa-rupanya ada masanya kita mengajar masyarakat tanpa memberitahu kepada mereka bahawa "saya hendak mengajar kamu"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita harapkan?

Berakhir sebuah kehidupan

Apa kabar Cikgu?