Catatan

Sekali lagi! Bila lagi agaknya?

Kemalangan bas express yang melibat 10 orang terkorban di Ipoh mengejutkan Polis, Bomba, RELA, petugas hospital, wartawan. Sebenarnya lebih mengejutkan lagi ialah keluarga mangsa yang terlibat. Bagaimana dengan pemandu bas express? Kemalangan melibatkan nyawa seramai 10 orang bukan boleh dibuat main-main. Seorang pemandu yang hanya melanggar seekor ayam atau kucing boleh trauma seminggu. Inikan pula 10 orang. Sesiapa sahaja yang pernah bertemu bas perjalanan jauh di lebuhraya mungkin sering bertemu dengan pamandunya yang memandu laju. Maaf kepada yang tidak memandu begitu. Saya pernah memberi laluan kepada sebuah bas yang dipandu laju di belakang kereta saya. Saya pernah melihat sebuah bas membunyikan hon kepada sebuah kenderaan dilebuhraya sedangkan kereta tersebut memandu di lorong tengah. Saya pernah menaiki bas dari Guar Chempedak, Kedah pada suatu malam. Selepas bas tersebut mengambil penumpang di Sungai Petani, Kedah bas tersebut hanya berhenti rehat di R&R Tapah, Ip...

Di mana Nana?

Dia sepatutnya menghadiri kuliah seorang Profesor pada pukul 11 pagi. Namun beliau datang berjumpa saya terlebih dahulu. Saya pasti perbualan saya tidak patut diketahui oleh orang lain maka saya membawa dia ke bilik seminar yang berdindingkan cermin. Nana (bukan nama sebenar) tidak hadir kuliah seni foto saya selama 10 kali dari 14 kali. Mengikut peraturan dia wajib saya halang daripada mengambil peperiksaan. Namun sikapnya yang masih menghormati saya dan datang mencurahkan masalah maka saya harus memberikan dia pertimbangan yang adil. Perbualan dimulakan dengan tenang. Namun lama kelamaan saya lihat air jenih bergenang di kelopak matanya. Matanya semakin bersinar kerana air itu. Nana menghadapi satu masalah yang besar. Saya agak hilang pertimbangan apabila dia memberitahu sesuatu yang sukar saya dengar. Saya mendengar pengakuan itu seolah dari seorang adik atau anak perempuan! Namun saya harus melayannya secara professional kerana saya staff universiti dan dia adalah pelajar (pela...

Hidayah yang syahdu

1 Muharram 1431 Kali terakhir saya dipertemukan dengan Ariff ialah semasa dia datang untuk menjemput ke majlis perkahiwinannya dengan seorang gadis dari Kelantan. Ariff memberitahu saya neneknya berpesan agar menjaga bakal isterinya baik-baik. Saya teringat Ariff sempena Maal Hijrah 1431. Kisah beliau sudah lama ingin dicatatkan dimana-mana terutama setelah terbinanya blog ini.Namun ketika itu keadaan Ariff belum stabil maka saya biarkan sahaja. Kenapa Ariff yang harus saya catatkan kisahnya? Kisahnya bermula kira-kira lima tahun lalu ketika cuti pertengahan semester. Dia pelajar saya untuk kursus seni foto. Kekeliruan timbul apabila saya membuat semakan daftar nama pelajar ketika musim peperiksaan.Nama di dalam slip peperiksaan lain dan nama dalam daftar kehadiran tidak sama. Akhirnya semasa semester kedua dibuka semula, Ariff memberitahu saya nama sebenarnya seperti di dalam slip peperiksaan. Manakala dalam daftar kehadiran adalah nama Islamnya. Saya harus merahsiakan neg...

Wang tabung

Seorang rakan saya telah minum di sebuah restoran. Kebiasaan restoran terdapat tabung derma kebajikan untuk mana-mana pertubuhan. Apa yang menjadi persoalan ialah apabila rakan saya menceritakan bahawa ketika hendak membayar setelah selesai menjamu selera, pekedai itu telah membuka tabung tersebut untuk memperolehi wang kecil. Timbul tandatanya kenapa harus dibuka tabung tersebut kalau hendak mendapatkan wang siling. Disini sudah tentu timbul jawapan bahawa apabila setiap pelanggan membayar dan memiliki wang lebih katakan lima puluh sen dan memasukkan ke dalam tabung tersebut. hasilnya katakan pelanggan mengeluarkan RM10 dan wang lebihan lima puluh sen sudah tentu pemilik restoran itu memperolehi laba. Atau, pemilik restoran itu telah memecah amanah hasil kutipan dari tabun tersebut yang boleh dibuka pada bila-bila masa.

Harga barang di Taman Negara Pahang

Imej
Kasut yang paling sesuai untuk bekerja di sungai Minggu lepas (30hb Oktober-1 November 2009) saya bersama sembilan lagi peserta ke Taman Negara Pahang untuk satu tugasan merakam gambar. Taman Negara Pahang merupakan satu lokasi pelancongan yang menarik bagi anda yang sukakan alam sekitar yang hijau, damai dan sunyi. Tanggapan awal hasil pengalaman Kamarul dan Ismail bahawa mungkin kurang terdapat kedai di sana maka saya dan beberapa orang rakan telah menyediakan beberapa bungkus biskut kerana kuatir tentang harga barang yang mungkin mahal. Namun andaian itu salah apabila tiba di sana terdapat kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti kedai runcit dan cenderamata. Oleh kerana tugasan kami akan mengharungi sungai maka saya mencadangkan kepada rakan-rakan menggunakan kasut plastik yang murah. Harga kasut tersebut saya pernah beli hanya dalam lingkungan RM 5 sahaja. Ketua saya Prof Dr. Kamarudin pada malam kedua telah membeli sepasang kasut dengan harga RM12. Selepas itu rakan-raka...

Makan, kawan dan kemesraan

Sebelum pukul 12 tengahari semalam saya menerima panggilan telefon daripada Kamaluddin. Rakan sekolah, rakan sekampung di Sungai Batang, Sik, Kedah. Walaupun dia muda setahun, namun perbezaan umur hanya setahun kami macam sebaya. Tambahan kedewasaan kami menjadikan faktor umur tidak ketara. Kamaluddin (selepas ini saya akan sebut sebagai Din sahaja) kalau lama tak jumpa pastinya dia akan sms, menelefon atau ajak makan. Din tinggal di Salak Tinggi, bekerja dengan RISDA Bandar Baru Bangi, Selangor. Berkahwin dengan orang Alor Star, isterinya kini seorang pegawai di jabatan pendidikan. Ketika makan tengahari yang saya belanja kerana ada sikit rezeki lebih, kami mengambil tempat duduk berhampiran BSN Kompleks UNIKEB. Masalahnya setiap orang yang melalui meja makan kami semuanya menyapa saya dan sudah pasti ada yang saya perlu tegur. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jurufoto di UKM membuatkan ramai yang mengenali saya. Akhirnya, selepas seorang pensyarah yang duduk semeja kami jadi...

Dia seorang Seniman

Senator Tan Sri Jins Shamsudin nama besar dalam industri perfileman. Lakonannya yang mantap, wajahnya yang kacak membuatkan dia antara seniman yang menjadi ikon dalam dunia perfileman. Allah menentukannya maka dalam usia 73 tahun beliau masih sihat dan petah bercakap. Gaya ia bercakap seperti mana kita menonton lakonannya di layar perak mahupun dalam drama TV. Ramai peminat mungkin tertanya-tanya bagaimana boleh wujud nama Jins. Menurut Tan Sri Jins, emaknya hendakkan nama Zin, namun ketika ayahnya membuat pendaftaran, polis yang membuat pendaftaran itu tidak boleh menyebut Zin, akhirnya tertulis Jins. Setelah dewasa beliau cuba menyemak nama Zin mengikut tahun kelahirannya. Namun nama Jins sahaja yang ada. Akhirnya nama Jins Shamsudin diterima. Nama Jins bukan nama samaran ia adalah nama sebenar dalam Maykadnya. Dua hari lepas saya dan rakan-rakan sepejabat berpeluang bertemu dengan beliau ketika menjadi tetamu Pusat Penerbitan UKM. Saya pernah bertemu dengan Jins beberapa kali k...