Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

Imej
Satu kaedah membuat promosi perniagaan kita ialah dengan mengadakan iklan. Iklan boleh dibuat di berbagai medai. TV, radio, akhbar, laman web, blog papan iklan dan sebagainya. Iklan di media begini sudah semestinya kena bayar. Harganya tidak murah malahan hingga puluhan ribu ringgit. Siapa yang mampu dan syarikat besar sahaja yang boleh mengiklankan jenama mereka di media yang saya sebut tadi. Paling murah mungkin dengan membuat salinan foto copy dan disisihkan dalam akhbar harian atau mingguan. Kadar bayaran yang munasabah akan dikenakan oleh pengedar akhbar. Membuat banner juga mampu menjual produk kita dengan kos yang murah. Saya terpanggil untuk mengulas satu siaran TV baru-baru ini mengenai iklan haram yang ditampal di merata tempat. Paling menyedihkan ditampal pada papan iklan orang lain. Ada yang berani menampal pada papan tanda arah yang dibina oleh majlis perbandaran mahupun daerah. Apa sudah jadi ni? Saya pernah ternampak iklan ini di tampal pada tanda arah stesen minyak.

Hamba Allah yang istimewa

Imej
Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, Bangi memberikan pengetahuan istimewa kepada saya petang tadi. Saya hadir ke situ untuk mengambil kaki palsu Fairus, anak saudara kepada isteri. Kaki palsu yang telah ditempah oleh Fatimah adik ipar saya seminggu lepas.  Anaknya Fairus mengalami kecacatan pada kaki kiri setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. Akibat kemalangan itu Fairus tidak dapat bergerak dengan sempurna. Fatimah ibu kepada Fairus mengharungi kepayahan anaknya demi masa depan agar cerah dikemudian hari telah memohon kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Kerana Fairus saya dapat mengenali bengkel membuat kaki tiruan itu dan dapat berkenalan dengan Haji Hajarudin yang telah bersara wajib ketika usia 56 tahun empat tahun lalu. Kini Haji Hajarudin menyambung tugas itu secara kontrak. Dalam usia 60 tahun Haji Haja mampu menjadi pereka kaki tiruan disamping mengajar kepada pelatih-pelatih di situ bagaimana menghasilkan anggota tiruan untuk insa

Apa kabar Cikgu?

1965: "Siapa yang tak boleh tulis ejaan ini tak boleh keluar makan", kata seorang Cikgu wanita dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Sambil makan biskut lemak empat segi keras, dia meneguk air teh O. Saya menahan sedih sebab sedang dahaga. 1969: Apabila motosikal Honda 50 Cikgu Hamidah memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Lembu, Sungai Lalang, Kedah semua budak sekolah yang sama darjah dengan saya memandang kepadanya. Mana tidaknya dibelakang Cikgu Hamidah tertenggek saya menjadi penumpangnya. Ramai yang kata aku anak emas Cikgu Hamidah. 1974: Guru Sains kecil molek menyuruh kami membuka muka surat.....tetapi meninggalkan bab persenyawaan. Kami pelajar lelaki membantah kenapa tak nak ajar bab itu. Kata guru tersebut baca sendiri. Kalau tak faham nanti tanya Cikgu Ismail. Semuanya tinggal kenangan. Selamat Hari Guru.

Ibu Ratu Hati Kita

Kisah 1: "Bang...minta duit sikit.....". Saya menghulurkan sedikit wang kepada wanita itu dan saya pasti dia seorang wanita  yang kurang berakal. Namun pertemuan di masjid membuatkan saya berkata di dalam hati dia seorang hamba Allah yang baik. "Anak dah tak ada...dia hisap dadah, sekarang polis jaga dia. Terima kasih Bang bagi duit ni. Mudah-mudahan Allah bagi rezeki murah esok ya....". Wanita pergi meninggalkan saya denga seribu pengertian. Kisah 2:  Ibu ini ketawa riang apabila membaca pesanan ringkas daripada anaknya mengucapkan selamat Hari Ibu. Wanita ini seorang isteri yang terpaksa melakukan apa saja tanpa ditemani suami. Walhal ketika mendaftar anak di sebuah kolej pun dia hanya pergi tanpa suami. Kisah 3: "Mak Cik sakit apa?" tanya saya kepada seorang wanita disebuah hospital ternama di Ibu Kota. "Mak Cik sakit jiwa Nak....." Saya tinggalkan dia dengan sedikit wang. Seperti kisah pertama tadi, wanita itu menyebut tentang doanya u

Apa yang kita harapkan?

Imej
Ketika  tiba di Pantai Tanjung Gemok, Kuala Rompin mata saya kagum melihat Laut China Selatan yang luas. Ombak memukul pantai, angin menyapa muka saya dengan lembut. Ramai rakan-rakan peserta sedang bermain air laut. Keasyikan mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran saya, mereka jauh lebih seratus meter dari pantai sedang asyik memukat ikan bersama-sama nelayan pantai yang mahir dengan laut. Saya gemar dengan pantai di Laut China Selatan kerana pamandangannya yang luas, air bersih dan terhindar dari aktiviti laut yang membuatkan laut tercemar dengan minyak boat dan kapal. Tanjung Gemok terletak berhampiran Kuala Rompin, Pahang menghala ke Mersing, Johor. Oleh kerana saya tiba hampir malam dan masih letih kerana memandu selama lima jam dari Bangi, maka tidak mengendahkan laut yang tidak menghasilkan Sunsite. Maklumlah Pantai Timur akan suram waktu senja kerana ketiadaan lembayung petangnya. Keesokkan hari selepas solat Suboh saya ke pantai sekitar pukul 6.15 pagi. Hasrat untu

Nak Jadi Jurufoto?

Imej
Semasa Profesor Dr Kamarudin M. Said merakam gambar di sekitar Taman Negeri Endau Rompin Sabtu lepas, saya melabuhkan tubuh di pangkin yang terdapat di kafeteria berhampiran Sungai Endau. Kemudian saya terlelap, kira-kira dalam lima minit kemudian saya tersedar dan mendengar En Razak seorang pemandu pelancong di taman tersebut bersembang dengan Haji Ismail Ibrahim, rakan setugas saya di Unit Foto, Penerbit UKM. Fotografi mampu menceritakan erti kasih sayang ibu dan anak. Saya tidak menyampuk perbualan mereka namun dari jauh En Razak berkata, kalau macam dia orang belum layak nak jadi Photographer . Photographer kena lasak Cikgu (bahasa panggilan kepada Haji Ismail), kata En Razak. baru masuk kawasan yang kurang mencabar dah tak tahan. merungut. Makanan lewat sampai dah bersungut. Kalau nak tau macamana orang putih buat kerja tanya budak saya tu, dua minggu dalam hutan tebal buat shooting. Ini baru macam ni dah bersungut. Itulah hakikat yang hendak saya catatkan di coretan kali i

Mari kita buat perkara yang sama

Imej
Kisah pertama: Hari Ahad lepas disebelah pagi saya membuat salinan kunci di sebuah kedai. Kedainya sederhana sahaja tidak seperti kedai-kedai lain di dalam komplek perniagaan yang terkenal di Bandar Baru Bangi. Kedai itu bukan sebuah kedai kunci tetapi sebuah kedai menjual bag dan berbagai barang yang menyerupai sebuah kedai runcit. Pemilik kedai berbangsa Cina, peramah orangnya walaupun saya baru pertama kali ke situ. Menariknya pemilik kedai ketika berbual dengan saya berkata, buat apa mau gaduh-gaduh bila berniaga. Sama-sama cari makan.  Apabila saya bertanya, orang Cina ada yang suka bergaduh dalam bidang perniagaan. Pemilik kedai itu berkata ada, tetapi sangat kurang. Kenyataan beliau mengesahkan anggapan saya sebelum ini. Ini jelas dari cara dia menerima saya sebagai pelanggan sebentar tadi apabila ada sejenis kunci, dia tidak dapat membuatnya kerana agak mahal. Namun pemilik kedai ini mencadangkan saya pergi ke sebuah kedai di Hentian Kajang. Cara dia membuat syor itu memberi

Pengemis dan Anda

Imej
Izinkan saya menulis mengenai pengemis. Andai anda berfikir disebaliknya itu saya tidak dapat menghalangnya. Tetapi apa yang hendak ditulis di laman ini adalah realiti yang  berlaku di depan mata saya.  Kalau sebelum ini saya pernah menulis mengenai kanak-kanak yang dipergunakan oleh sendiket tertentu sudah tentu ada orang yang menyalah anggap. Saya tahu orang miskin memberi faedah kepada orang kaya, manakala orang kaya akan memberi faedah kepada orang miskin. Orang miskin berdoa untuk rezeki orang kaya setelah memberi sedekah. Manakala orang kaya berdoa kepada orang miskin agar cepat menjadi senang atau kaya agar dapat membantu orang miskin lain. Kita mempunyai baitulmal dan pusat zakat, namun ada pengusaha rumah-anak-anak yatim dan orang-orang tua berkata ianya tidak mencukupi. Ada maklumat yang saya perolehi bahawa sesebuah pertubuhan anak yatim memerlukan lebih dari duabelas ribu ringgit setiap bulan. Namun mereka menghadapi kesukaran kerana anggapan orang ramai terhad

Di suatu sudut sebuah restoran

Apalah salahnya membenarkan seorang sukarelawan rumah anak-anak yatim  dan orang-orang tua memungut derma di suatu tempat awam? Kalau alasannya kerana tidak meminta kebenaran, tetapi sudah agak lama beliau berada di situ. Tiba-tiba dia hilang dan setelah saya bertemu dengan ustaz yang menjadi sukarelawan itu memberitahu pengurusan tempat bangunan lama tidak membenarkan dia menjalankan kegiatan tersebut. Adakah kerana ada pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kegiatannya menyebabkan pihak berkuasa bangunan berkenaan "menghalau" sukarelawan itu. Sedangkan saya pernah berbual dengan sukarelawan tersebut mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk makan minum serta kegiatan anak-anak yatim dan orang-orang tua. Ketika bertemu seorang kakitangan yang berkuasa keatas bangunan (permis ) tersebut memberitahu saya bahawa sukarelawan itu tidak membuat permohonan kepada pihak pengurusannya. Kata saya janganlah salah anggap dengan orang itu sebab dia memungut derma untuk  anak

Menoleh kembali ke arah belakang

Imej
Ketika saya memandu di daerah pendalaman Kedah pada 27 Disember 2010 lalu anak sulung saya berkata, " ayah bercerita kisah-kisah lama macam kelakar". Saya bertanya balik, "apa Along dan adik-adik tak percaya ke? Kalau tak percaya, malam ni cuba tanya Pak Ngah Wahid betul ke tidak cerita ayah ni". Adik-adiknya menyahut, " percaya...." Apa tidaknya, saya bercerita kisah-kisah yang berlaku 30 dan 40 tahun lalu. Kisah ketika saya berada di daerah ini (Sik). Kisah pergi sekolah pukul 5 pagi dari Kampung Sungai Batang (kini Tasik Beris). Namun mereka teruja apabila saya berhenti untuk seketika di pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Satu-satunya sekolah yang ada di Sik sekitar tahun 1970an. Walaupun saya tidak masuk ke perkarangan sekolah, namun dari luar saya masih dapat mengamit memori tahun 1970-1975. Kisah saya menjaga jalanraya bersama rakan-rakan. Kisah Kebawah Duli Sultan Kedah berangkat ke sekolah itu. Waktu itu majlis itu cukup hebat. Makluml