Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Makanan halal dan haram

Malam tadi semasa bertugas merakam gambar Majlis Makan Malam Kolej Kediaman Dato' Onn UKM, saya tidak memilih daging ayam setelah melihat berita jam 1.30 di TV dan jam 8 malam tadi. Selera saya menjadi hilang apabila teringat berita "ayam yang tidak sembelih mengikut kaedah yang halal dalam Islam". Ini bukan kali pertama kita dipaparkan dengan berita seumpama ini. Dulu kita dikejutkan dengan makanan yang tidak halal di beberapa hotel,pasaraya dan seumpamanya. Apakah ini disengajakan oleh pihak-pihak berkenaan? Atau mereka buta ilmu? Paling mengejutkan apabila dalam berita semalam diberitahu pengusaha berkenaan telah diberikan kursus kaedah penyembelihan yang betul mengikut cara-cara Islam. Pengusaha itu orang Islam atau tidak tidak menjadi perkara utama. Paling mengejutkan proses menghasilkan makanan, bahan untuk dijadikan makanan harus beradap. Kita perlu faham sensitiviti perbagai kaum. Di Malaysia terdapat berbagai kaum dan agama. Orang Islam dengan pantang laran

Cara yang kurang baik

Saya begitu mengejar masa semalam. Selepas mengambil isteri di hentian komuter UKM jam 7 malam, kami singgah di sebuah kedai makan yang menjadi pilihan keluarga selama ini jika memerlukan apa-apa makanan yang telah siap. Itulah cara hidup kebanyakkan kita jika suami isteri bekerja. Jadual semalam agak padat sejak pukul 11 pagi kerana ada lawatan dan ceramah oleh pemenang Nobel Laureate Lecture Prof. Howard Robert Horvitz dan mengendalikan kuliah kursus pembantu makmal yang mengambil subjek Fotografi. Pukul 8 malam perlu berada di DECTAR untuk kerja rakaman foto untuk Pesta Pantun UKM 2009. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli nasi goreng sotong sebagai santapan malam . Semasa membuat tempahan saya lihat pada menu, harga nasi goreng sotong ialah RM4.50. Jesteru saya terus memesan untuk 4 orang nasi goreng Sotong. Apa yang mengejutkan semasa membayar saya dikehendaki membayar dengan harga RM5.50. Saya bertanya kepada pembantu kedai harga sebenar berapa? Dan kenapa harga di m

Alasan yang mengeciwakan

Tengahari tadi saya dan Ismail dipelawa minum oleh Bos. Tiba di kedai Ismail memesan Air Batu Campur (ABC) atau Ais Kacang (kata orang Kedah). Ismail kembali ke meja dan memberitahu jikalau nak minum ABC kata pelayan kedai "lambat siap". Bos, iaitu Prof Dr Kamarudin pergi bertemu pelayan kedai tersebut. Saya lihat dia dan Ismail berbincang kemudian berlalu pergi.Kami kemudian singgah di kedai sebelah kedai tadi dan memesan menu ABC. Di sini tiada masalah. Rupa-rupanya pelayan di kedai tadi memberikan alasan yang boleh membuatkan pelanggan naik angin. Alasan lambat siap yang melambangkan kemalasan mereka. Inikah sikap yang yang harus ada pada setiap orang kita dalam keadaan orang sedang bercerita tentang pembuangan pekerja sekarang? Mungkinkah alasan begini membuatkan ramai majikan kurang senang dengan pekerja dari negara sendiri? Adalah lebih baik jikalau "malas" lebih baik beritahu saja "ais dah habis".