Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

Dia bukan sekadar pelakon

Semalam: Ketika hendak bersolat Zohor di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya saya sempat menyapa seorang pelakon terkenal. Beliau terkenal dalam lakonan teater, filem dan TV. Saya memang meminati lakonannya. Paling menarik beliau tidak pernah terlibat sebarang gosip yang buruk. Saya sempat beramah mesra selepas solat yang diimamkan oleh beliau. Kehidupan dunia lakonannya tidak saya sentuh sama sekalai kerana ketika saya berkata "lama tak dengar berita" beliau hanya berkata "cukuplah tu". Ungkapan itu sudah memberikan isyarat bahawa beliau tidak mahu berbicara hal-hal dunia lakonan. Namun seperti kata-kata saya dalam catatan Teh Merdeka, saya bertuah kerana mampu meneroka kehidupan seseorang hasil kerjaya saya selama ini. Jikalau dalam catatan Teh Merdeka saya mengukir kisah seorang Profesor, kini saya menurunkan satu catatan seorang pelakon terkenal. "Saya ada tanah dekat sana" terang abang apabila saya memberitahu tempat tinggal saya. "

Teh Merdeka

Kehidupan bertugas sebagai Jurufoto membolehkan saya bersama dengan individu tertentu yang mungkin sukar diperolehi oleh sesetengah orang. Pagi Jumaat 29 Ogos lalu selepas bertugas di majlis Wacana Hadhari, saya berkesempatan bertemu dengan seorang Profesor. Beliau seorang berketurunan Cina dari Setiawan Perak. Fasih berbahasa Melayu. Kagum dengan perwatakan beliau yang sering saya temui sewaktu bertugas maka kesempatan yang ada membolehkan saya bersamanya dalam satu sidang minum teh secara empat mata sahaja. "Mari, kita minum Teh Merdeka", pelawa Profesor tersebut. Jikalau beliau seorang muslim sudah tentu minum teh pagi itu akan menjadi Teh Ramadhan! Sudah tentu saya banyak berbual dengan beliau, namun tidak semua dapat dicatatkan dalam ruangan yang terhad ini. Beliau seorang Profesor berbangsa Cina namun menguasai budaya melayu. Membuat kajian pantun-pantun melayu nusantara. Telah menerbitkan sebuah buku "Pantun Baba". Menariknya beliau memberitahu saya bahawa se